Home » , » SWEDEN : LAUNGAN AZAN YANG PERTAMA PADA 26 / 4 / 2013

SWEDEN : LAUNGAN AZAN YANG PERTAMA PADA 26 / 4 / 2013

Written By Suatu Perjalanan Maya on Monday, November 25, 2013 | 8:08 PM



Sebuah masjid di pinggir bandar Stockholm mencatat sejarah di Sweden setelah dibenarkan untuk melaungkan azan Solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara Masjid Fittja, sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden untuk berbuat demikian.

Pada akhir bulan Mac 2013 lalu, suatu majlis Datuk Bandar di Sweden buat pertama kalinya telah meluluskan laungan azan umat Islam dari masjid di pinggir Fittja, sebahagian daripada perbandaran Botkyrka itu setelah diberi kebenaran oleh pihak polis Stockholm.


Dilaporkan mesyuarat dalam Majlis Perbandaran Botkyrka tentang azan telah menyebabkan berlaku ketegangan. Tiga ahli kanan Demokrat Sweden (SD) menentang kelulusan dengan mendakwa bahawa ia akan membawa kepada propaganda Islam. Walau bagaimanapun, majoriti majlis bersetuju untuk meluluskan laungan azan tersebut kerana ia adalah bagi memenuhi hak asasi manusia.

Pihak pengurusan masjid dapat memenuhi syarat yang diperlukan seperti memaklumkannya terlebih dahulu kepada penduduk yang tinggal 1 km sekitar sebelum pembesar suara digunakan dan tiada tentangan daripada penduduk sekitar.

Ketua Persatuan Islam Turki di Botkyrka, Ismail Okur menyuarakan rasa gembira dan bersyukur selepas pihak berkuasa Sweden memberi kebenaran tersebut walaupun Masjid Fittja hanya dibenarkan melaungkan azan pada setiap hari Jumaat dalam tempoh tiga minit hingga lima minit antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang.

Imam Ismail turut menyatakan bahawa Botkyrka merupakan daerah yang sebahagian besarnya dihuni oleh umat Muslim dan Masjid Fittja adalah satunya masjid di Sweden yang memiliki menara dan pihaknya telah lama berusaha meminta kebenaran untuk melaungkan azan Solat Jumaat menggunakan pembesar suara di masjid Fittja.

Masjid Fittja Grand yang mempunyai kira-kira 1,500 ahli jemaah telah dibina pada tahun 2007 dengan bantuan kewangan daripada Direktorat Hal Ehwal Agama Turki (DIB) dan dermawan di Sweden.

Sumber : AFP, TT Agency dan Anadolu Agency
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger