Home » , » SUATU CERITA OLEH SHEIKH ALI AL-TANTAWI HAKIM TANAH SYAM

SUATU CERITA OLEH SHEIKH ALI AL-TANTAWI HAKIM TANAH SYAM

Written By Suatu Perjalanan Maya on Thursday, December 20, 2012 | 11:50 PM


Syeikh Ali Tontowi, Hakim Di Tanah Syam (Syria)

Dalam cerita yang diceritakan oleh Sheikh Ali al-Tantawi ... Sheikh mengatakan:

Aku adalah seorang hakim di tanah Syam, dan suatu malam ketika aku berkumpul bersama kawan-kawanku di salah sebuah rumah mereka, tiba-tiba aku merasakan sesak nafas dan lemas, aku meminta izin untuk pulang awal tetapi mereka meminta aku untuk pulang bersama mereka, aku cuba bertahan tapi aku tidak mampu, lalu aku meminta izin untuk hanya bersia-siar mengambil udara segar.

Ketika aku berjalan bersendirian di dalam kegelapan malam itu tiba aku mendengar suara mendayu-dayu datang dari sebalik bukit, aku pergi melihat dan mendapati seorang wanita menangis dan mengadu kesengsaraan yang beliau hadapi.

Aku mendekati wanita itu dan bertanya :
(Apa yang membuatkan anda menangis, wahai saudari)

Beliau berkata:
(Suami saya adalah seorang lelaki yang kejam dan tidak adil, beliau telah menhalang saya keluar dari rumah dan mengambil anak-anak saya dan beliau telah bersumpah tidak akan membenarkan saya berjumpa dengan mereka walau dalam masa sehari)

Aku berkata kepada wanita itu:

(Mengapa tidak diadukan kepada hakim?)
Airmata wanita itu turun dengan lebat Sambil berkata:
(Bagaimana seorang wanita seperti saya mampu berjumpa dengan hakim?!)

Syeikh terus menangis sambil berkata:

(Sedarkah wanita ini bahawa ketika beliau berkata sebegini Allah telah datangkan sendiri hakim -dirinya syeikh sendiri- kepada beliau)

Maha Suci Pengatur Segala Urusan, yang mengaturkan dirinya untuk keluar dalam kegelapan malam untuk berjumpa dan bertanya sendiri dengan orang-orang yang memerlukan beliau.

Doa apakah yang diungkapkan oleh wanita ini sehingga dimakbulkan oleh Allah sebegini cepat dan dengan cara ini.

Oleh itu bagi mereka yang berasa sengsara kerana masalah dan berfikir dunia telah gelap gelita maka angkatlah tangan anda ke langit dan mohonlah kepada Allah, bagaimana Allah selesaikan masalah itu jangan ditanya, tetapi mohonlah dengan hati yang rendah kepada tuhan yang Maha Mendengar doa si semut hitam, di atas batu hitam, dan di dalam kegelapan malam.

Yakinlah bahawa ada sesuatu yang menunggu anda selepas dari kesabaran itu, sehingga membuatkan anda terlupa akan kesengsaraan yang anda hadapi sebelum ini.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger