Home » , » PARA SYUHADA ITU HIDUP BAHKAN MEREKA MENGHIDUPKAN PERJUANGAN DAN KEMENANGAN

PARA SYUHADA ITU HIDUP BAHKAN MEREKA MENGHIDUPKAN PERJUANGAN DAN KEMENANGAN

Written By Suatu Perjalanan Maya on Sunday, December 9, 2012 | 11:07 PM


Tindakan tentera rejim Israel membunuh pimpinan sayap tentera Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam iaitu Abu Muhammad Ahmad bin Sa'id Al-Ja'bari merupakan satu keputusan yang silap dan merugikan dalam percaturan pertempuran mereka dengan perjuangan rakyat Palestin.

Mereka menyangka, dengan membunuh beliau akan mematikan Briged Al-Qassam.

Sebaliknya, ia telah menjadi titik permulaan serangan Hamas yang jatuh buat pertama kali di Tel Aviv. 75,000 orang tentera rejim Zionis Israel yang dihantar ke sempadan Gaza tidak dapat menghentikan serangan balas roket Hamas, bahkan tidak berani untuk memasuki Gaza. Begitu juga Iron Dome yang dibeli dengan harga yang sangat mahal hanya dapat menghentikan kurang dari 20% roket Hamas.

Rakyat Israel terpaksa lari ke 'bunker' perlindungan, termasuk PM Israel, Netanyahu. Keadaan ini memberikan tekanan yang sangat kuat ke atas rejim kerana mereka hanya mampu membunuh orang awam yang tidak berdosa, tetapi tidak dapat menghentikan Al-Qassam. Gambaran buruk dunia terhadap tindakan bacul mereka ini menambahkan lagi tekanan sehingga mereka terpaksa 'mengadu' kepada Amerika Syarikat agar serangan balas Hamas dihentikan.

Israel terpaksa menebalkan muka untuk menerima syarat-syarat genjatan senjata yang diletakkan Hamas termasuk untuk tunduk kepada beberapa tuntutan termasuk menambah jarak sempadan laut aktiviti perikanan nelayan Gaza dari hanya 3 km kepada 6 km dari pantai, begitu juga petani yang tidak dapat ke ladang mereka yang terletak dalam kawasan kira-kira 1 km dari sempadan di utara Gaza, kini dapat kembali selepas 12 tahun dihalang.

Benarlah firman Allah bahawa para syuhada' itu hidup, bahkan mereka menghidupkan perjuangan dan kemenangan.

Hakikat ini ditakuti oleh tentera Israel sehingga mereka menjadi semakin gila. Mereka bahkan mengebom tanah-tanah perkuburan syuhada' Palestin, selain membunuh orang-orang yang masih hidup.

Page FB Aman Palestine
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger