Home » » MUHAMAD ALI JINNAH

MUHAMAD ALI JINNAH

Written By Mohd Amirul on Tuesday, January 24, 2012 | 11:25 PM

Muhamad Ali Jinnah

Umat Islam di India sudah lama menginginkan sebuah negara berdaulat yang dipisahkan daripada penganut Hindu.

Pakistan, sebuah negara dibenua India muncul sebagai sebuah negara Islam berkat perjuangan Muhamad Ali Jinnah  yang lahir di Karachi pada 25 Disember 1876.

Nama Jinnah di belakang namanya itu diambil daripada nama ayahnya, Jinnahbhai Poonja. Ali Jinnah memperoleh pendidikan rendah dan menengah di Karachi sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Bombay.

Beliau mendapat pendidikan Inggeris  dalam bidang perniagaan di Lincoln’s Inn. Pada tahun 1896, beliau kembali ke Karachi dengan membuka sebuah firma guaman di Bombay.

Usahanya itu tidak mendapat kejayaan lalu beliau memasuki bidang politik dengan menubuhkan Parti Liga Muslim India sehingga terdirinya sebuah negara bernama Pakistan.

Muhammad Ali Jinnah dikenali sebagai ‘Bapa Pakistan’ atas sumbangan besarnya terhadap penubuhan negara itu. Gagasan pembentukan negara Islam Pakistan sebenarnya telah dimulai oleh Muhammad Iqbal tetapi hanya menjadi kenyataan di bawah gagasan Ali Jinnah.

Negara impian Ali Jinnah bernama Pakistan ini berjaya direalisasikan pada 14 Ogos 1947 dan Ali Jinnah dilantik sebagai Gabenor Jeneral yang pertama dengan gelaran Quaid-i-Azam (Pemimpin Agung). Beliau wafat setahun kemudian.

Sumbangan yang boleh dianggap besar dalam dunia Islam ialah kebijaksanaan Ali Jinnah dalam Perjanjian Luknow pada tahun 1916 membabitkan dua organisasi politik terbesar di India.

Dalam perjanjian itu, Ali Jinnah berjaya mendapatkan persetujuan Partai Kongres Nasional India (kaum Hindu) supaya menghormati hak-hak politik warga Muslim melalui Liga Muslimin India.

Kejayaan persetujuan itu membuatkan Muslim di benua India dihormati.

Susunan AINI MUHAMMAD
ummatanwasatan.net
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger