Home » » KHALIFAH YANG HILANG INGATAN

KHALIFAH YANG HILANG INGATAN

Written By lurim on Tuesday, May 10, 2011 | 9:13 PM


Memang betul, Khalifah Umar bin Khattob telah hilang ingatan. Ramai yang melihatnya dengan mata kepala sendiri. Ini mungkin disebabkan Umar di masa mudanya bergelumang dengan dosa seperti merompak, mabuk, malah suka mengamuk tanpa berperikemanusiaan sehingga ramai orang tidak berdosa banyak yang menjadi mangsa. Itulah yang mungkin telah menyiksa batinnya sehingga ia ditimpa penyakit jiwa.    Dulu Umar sering menangis sendirian sesudah selesai menunaikan solat. Dan tiba-tiba ia tertawa terbahak-bahak, juga sendirian. Tidak ada orang lain yang membuatkannya tertawa. Bukankah keadaan itu merupakan isyarat yang jelas bahawa Umar bin Khattob sudah gila?    Abdurrahman bin Auf sebagai salah seorang sahabat Umar yang paling akrab merasa tersinggung dan sangat murung mendengar tuduhan itu. Apatah lagi, hampir kesemua rakyat Madinah telah sepakat menganggap Umar betul-betul kurang siuman. Dan sudah tentu, orang kurang siuman tidak layak lagi memimpin umat atau negara.

Yang lebih mengejutkan rakyat ialah telah berlaku pada waktu para jemaah ingin mendirikan solat Jum’at yang lalu, ketika Umar bin Khattob sedang berada di mimbar untuk menyampaikan khutbahnya, tiba-tiba Umar berseru, “Hai Sariah, hai tenteraku. Bukit itu, bukit itu, bukit itu!” . Para jemaah terkejut mendengar jeritan itu. Sebab ucapan tersebut sama sekali tidak ada kaitannya dengan isi khutbah yang sedang disampaikan. “Wah, khalifah kita benar-benar sudah gila!”. Inilah antara keluhan rakyat Madinah yang menjadi makmum solat Jumat pada hari itu.

Tetapi Abdurrahman tidak mahu bertindak secara terburu-buru di mana dia mesti bertindak dengan betul dan berhati-hati dengan menyelidik secara halus tentang apa sebabnya Umar berbuat begitu. Maka dia datang berjumpa dengan Umar, dan disoalnya, “Wahai Amirul Mukminin. Mengapa engkau berseru-seru di celah-celah khutbah engkau sambil pandangan engkau menatap kejauhan?” Umar dengan tenang menjelaskan, “Begini, sahabatku. Beberapa bandar yang telah aku hantarkan Suriah di mana pasukan tentera yang tidak ku pimpin langsung ini untuk membasmi kaum pengacau. Tatkala aku sedang berkhutbah, aku dapat lihat bagaimana pasukan itu sedang dikepung oleh musuh dari segenap penjuru. Aku turut lihat pula bagaimana satu-satunya benteng untuk mempertahankan diri adalah sebuah bukit di belakang mereka. Lalu aku berseru: bukit itu, bukit itu, bukit itu!”

Dalam keadaan separuh tidak percaya, Abdurrahman mengerutkan kening sambil meneruskan pertanyaan. “Lalu, mengapa engkau sebelum ini sering menangis dan tertawa sendirian selesai melaksanakan solat fardhu?” tanya Abdurrahman pula. Umar menjawab, “Aku menangis kalau teringat kebiadabanku sebelum Islam. Aku pernah menguburkan anak perempuanku hidup-hidup. Dan aku tertawa jika teringat tentang kebodohanku di mana aku telah membuat patung dari tepung gandum lalu aku sembah-sembah seperti Tuhan.”

Selepas mendengar segala jawapan daripada Umar bin Khattob lalu Abdurrahman mengundur diri untuk pulang. Dia masih belum dapat menilai tentang sejauh manakah kebenaran ucapan Umar tadi. Atau adakah keadaan itu  lebih membuktikan ketidakwarasannya sehingga jawabannya pun kacau bilau? Masakan Umar bin Khattob dapat melihat pasukan tentera yang telah dihantarnya yang terpisah begitu jauh dari masjid tempatnya berkhutbah?

Akhirnya, bukti itupun datang tanpa dipintanya di mana ketika Sariah (kumpulan tentera) tersebut yang dihantar oleh Umar telah kembali ke Madinah maka wajah mereka berseri-seri meskipun nyata sekali tanda-tanda keletihan dan bekas-bekas luka yang ditanggung oleh mereka. Mereka datang membawa kemenangan.

Pada keesokan harinya, Komandan pasukan itu telah bercerita kepada penduduk Madinah tentang betapa dahsyatnya peperangan yang dialami mereka. “Kami dikepung oleh tentera musuh tanpa ada harapan akan dapat meloloskan diri dengan selamat. Musuh menyerang kami dari segenap penjuru. Kami sudah keletihan dan lemah sehingga kekuatan kami nyaris dihancurkan. Sehingga tibalah waktu solat Jumaat yang seharusnya kami kejakan. Ketika itulah, kami terdengar suatu seruan gaib yang begitu tajam dan tegas: “Bukit itu, bukit itu, bukit itu!” Tiga kali seruan tersebut diulang-diulang sehingga kami tahu maksudnya. Serta-merta kami pun berundur menuju ke arah lereng bukit. Dan kami jadikan bukit itu sebagai pelindung di bahagian belakang. Dengan demikian kami dapat menghadapi serangan tentera lawan dari satu arah iaitu dari sebelah depan. Itulah permulaan yang membawa kepada kejayaan kami.”

Abdurrahman mengangguk-anggukkan kepala dengan penuh perasaan takjub. Begitu pula masyarakat yang tadinya menuduh Umar telah hilang ingatan. Abdurrahman kemudian berkata, “Biarlah Umar dengan kelakuannya yang terkadang menyalahi adat. Sebab dia dapat melihat sesuatu yang indera kita tidak mampu mencapainya”.

(Dari buku Kisah Teladan – K.H. Abdurrahman Arroisi)
______________

Share this article :

+ comments + 2 comments

May 10, 2011 at 10:25 PM

thanks for sharing bro~

July 17, 2011 at 10:26 AM

Umar Al Khtab seorang pemimpin yang tegas tetapi punya hati dan jiwa yang lembut kepada Sang Pencipta. Model Khalifah yang ulung kepada umat Islam.


Jemputan ke Contest Aku Berpuisi =)

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger