Home » » CARA MENGETAHUI JUZUK AL-QURAN MELALUI MATEMATIK

CARA MENGETAHUI JUZUK AL-QURAN MELALUI MATEMATIK

Written By lurim on Friday, April 22, 2011 | 6:07 PM


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yang nak di kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama-sama kita belajar...

Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442



Subhanallah, memang menakjubkan kan sahabat semua. Sama-sama kita kongsikan kepada sahabat handai kita, adik-adik kita, keluarga kita  dan suadara-saudara kita supaya sama-sama mendapat pahala...
Share this article :

+ comments + 5 comments

April 22, 2011 at 6:31 PM

assalamualaikum

subhanallah..terima kasih ats perkongsian ilmu ini

April 22, 2011 at 6:32 PM

assalamualaikum

subhanallah..terima kasih ats perkongsian ilmu ini

Anonymous
April 22, 2011 at 7:00 PM

assalam...TQ share.menariklaa...tak tau pun pasal nie...

April 22, 2011 at 10:24 PM

subhanallah..
pengisian yg menarik..

April 26, 2011 at 6:37 PM

sesungguhnya Al-Quran itu mukjizat yang maha Agung

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger