Home » » ALLAH TIDAK WUJUD???

ALLAH TIDAK WUJUD???

Written By lurim on Wednesday, April 13, 2011 | 6:35 PM


Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting rambut itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, Tukang gunting rambut itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''

''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

''Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah Itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Saya tidak dapat bayangkan Allah yang maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang Jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi. Selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,

''Kamu tahu tak yang sebenarnye tukang gunting rambut juga tidak wujud?''

''Kenapa kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru sahaja selesai gunting rambut kamu tadi''..kata tukang gunting rambut tersebut.

''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''kalau tukang gunting rambut wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu''.

''Ah! tukang gunting rambut  memang wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnya!'' kata Tukang gunting rambut.

''Tepat sekali!''. Kata si lelaki tadi.

''That's the point!. Allah juga wujud. Itulah yang terjadi (keperitan & Penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya untuk memohon pertolongan.''
 
Wallahualam..
_______________
Produk Minda Online
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 13, 2011 at 10:35 PM

Assalam Lurim...besh cerita nie...suka yg part last skali tuu...kita kena laa menghadap Allah dulu...baru Allah dekat dgn kita...hu3.TQ kongsi...bagus2.nak kongsikan jugak entri dibawah nie

Entri terbaru►Agama : Hukum Jawab Salam Ketika Chatting

April 26, 2011 at 6:16 PM

Adam Allah sentiasa dekat dengan kita tapi kita yang selalu cube menjauhinya tanpa kita sedar

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger