Home » , » MENJAGA SILATURRAHIM MEMANJANGKAN UMUR

MENJAGA SILATURRAHIM MEMANJANGKAN UMUR

Written By lurim on Wednesday, March 9, 2011 | 11:48 PM


Sabda Rasulullah Saw sebagaimana riwayat Anas bin Malik r.a: ”Sesiapa yang suka dilapangkan pada rezkinya dan dilewatkan ajal dan umurnya,maka hendaklah ia sambungkan silaturrahimnya.”Begitu juga hadis riwayat Imam Ahmad dari Aisyah r.a:”Silaturrahim,berjiran dengan baik, serta berakhlak baik, semuanya itu memakmurkan kehidupan berumah tangga dan menambahkan umur.

Justeru,para ulama mentafsirkan hadis tersebut dengan beberapa tafsiran,antaranya sebagai satu kinayah(perumpamaan) dengan keberkatan pada umur dan rezeki dengan sebab taufik Allah SWT kepada sesiapa yang menyambungkan atau menghubungkan silaturrahim serta melakukan ketaatan kepada-Nya.Keberkatan pada umur dan rezeki dengan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat untuk akhirat serta terpelihara daripada melakukan perkara yang tidak memberi manfaat pada dunia dan akhiratnya.

Allah SWT mengekalkan kesan serta sebutan nama yang baik bagi orang-orang yang menghubungkan silaturrahim walaupun ia telah lama meninggal dunia.

Allah SWT mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah kepada orang-orang yang menjaga silaturrahim.At-Tabrani meriwayatkan hadis dari Abi Darda’ r.a.:”Telah disebut di hadapan Rasulullah SAW hadis yang menyatakan bahawa sesiapa yang menghubungkan silaturrahim dilanjutkan usianya.”Lantas Rasulullah bersabda:”Sesungguhnya ia bukan menambahkan umur tetapi dianugerahkan kepadanya zuriat solehah yang sentiasa mendoakannya selepas kematiannya.

Dipanjangkan umur juga ditafsirkan oleh sebahagian ulama dengan Allah menjaga seseorang yang menghubungkan silaturrahim daripada ditimpa musibah pada agama dan pemikirannya.Ia terselamat daripada fitnah dunia yang berbagai-bagai dan juga terselamat daripada pemikiran-pemikiran serta isme-isme yang menyesatkan.(dipetik dari Anis)


Mari kita hayati suatu kisah pada zaman nabi Daud a.s berkaitan salah seorang kaumnya yang dipanjangkan umur kerana menyambung tali silaturahim..

Pada suatu hari, Malaikat Izrail datang menemui Nabi Daud a.s. Malaikat Izrail tugasnya adalah mencabut nyawa setiap makhluk Allah yang sudah ditentukan ajalnya.

“Si polan akan meninggal dunia enam hari lagi.” Kata Malaikat Izrail kepada Nabi Daud a.s.. Si polan yang disebutkan Malaikat Izrail itu adalah salah seorang dari Bani Israel. Bani Israel adalah kaum Nabi Daud a.s..

Enam hari kemudian, si polan ternyata masih hidup. Nabi Daud a.s. kehairanan.

Tidak mungkin Malaikat Izrail berbohong. Rasanya Nabi Daud a.s. juga tidak salah mendengar bahawa si polan akan meninggal dunia enam hari lagi.

Kemudian Malaikat Izrail datang lagi menemui Nabi Daud a.s..

“Mengapa si polan itu masih hidup setelah enam hari sejak kau katakan kepadaku?” tanya Nabi Daud a.s.

“Sebenarnya aku akan mencabut nyawanya sesuai dengan waktu yang ditentukan Allah. Tetapi kemudian, Allah memerintahkan aku menundanya.” jawab Malaikat Izrail.

“Mengapa?” Tanya Nabi Daud a.s. lagi.

“Sejak aku mengatakan hal itu enam hari yang lalu, si polan berubah perangai. Dia menyambung tali persaudaraan yang selama ini telah terputus. Dia mengunjungi saudara-saudaranya yang jauh, sahabat kenalannya dan orang-orang yang seiman dengannya. Oleh kerana itulah, Allah memerintahkan  kepadaku untuk memberi dua puluh tahun lagi kepadanya.” Jawab Malaikat Izrail.

Gara-gara menyambung tali persaudaraan, si polan mendapat tambahan umur selama dua puluh tahun. Selama waktu itu, tentunya dia boleh menambah amal baiknya. Beruntunglah si polan yang suka menjaga silaturrahim.

sumber : majalah Ana Muslim
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger