Home » , » KEAJAIBAN PUASA KEPADA KESIHATAN FIZIKAL

KEAJAIBAN PUASA KEPADA KESIHATAN FIZIKAL

Written By Mohd Amirul on Sunday, October 3, 2010 | 7:19 PM




Selain menjalankan perintah agama, puasa adalah cara menjadikan tubuh lebih sihat dan segar. Bagi mencapai tujuan itu, kita sebaik-baiknya menyusun aturan makan kita dengan teratur selama bulan puasa.

Secara fisiologi, puasa pada dasarnya adalah mengubah kebiasaan makan. Kebiasaannya kita makan tiga kali sehari pada waktu pagi, siang dan malam. Waktu berpuasa, aktiviti makan dialihkan pada malam hari dan hanya berlaku dua kali iaitu pada waktu berbuka dan bersahur.

Di beberapa pusat terapi Eropah, puasa dijadikan pelengkap proses pengubatan. Dr. Otto Buchinger berjaya menyembuhkan pesakitnya daripada penyakit-penyakit dengan terapi puasa selama dua sampai empat minggu. Puasa juga diyakini dapat mengurangi gangguan pembuluh darah dan jantung, kencing manis, insonia, tekanan, sakit buah pinggang, tumor, kanser, rheumatism dan obesiti.

Walaupun dengan bukti-bukti di atas, masih timbul pertayaan: Apakah Islam itu agama yang sesuai dengan dunia perubatan moden? Ramai yang masih bertanya: Apakah puasa itu bermanfaat pada kesihatan? Apakah puasa itu tidak membahayakan pesakit?

Sebagai agama rahmat, Islam adalah aplikasi sunatullah yang penerapannya sesuai dengan fitrah manusia. Di sini, syariah mengatur kehidupan umat Islam dengan ilmu daripada Tuhan Pencipta Semesta Alam. Tentu Allah lebih mengetahui ciptaan-ciptaannya termasuk manusia. Perlaksanaan puasa tentunya tidak memberatkan dan mampu dilaksanakan sesuai dengan kemampuan individu.

Manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik. Namun begitu sebagai makluk, manusia juga lemah dan terdedah kepada kerosakan. Manusia dapat kita analogikan dengan kereta yang perlu diservis apabila tiba masanya.

Kereta yang dipakai selama setahun secara terus-menerus tentunya perlu diservis. Antara barang yang mungkin ditukar adalah tayar, minyak hitam dan komponen-komponen lain dalam kereta. Bagi diservis, kereta dihantar ke bengkel. Apabila di bengkel, kereta diservis. Selepas melalui proses ini, kita yakin kereta semakin sedap dipandu dan tahan lama.

Manusia hasil karya Maha Pencipta juga perlu diservis atau melalui proses pemuliharaan. Kita masuk ke bengkel rohani dan istirehat supaya pembaikan sel-sel tubuh yang rosak dilakukan. Sebagai contoh, perut manusia adalah alat pencernaan yang tidak pernah berehat dan sibuk bekerja siang dan malam. Perut perlu dibersihkan dan direhatkan. Begu juga dengan buah pinggang, pangkreas, hati, otak dan jantung.

Semuanya perlu dikurangi beban kerja dengan cara mengadakan pemuliharaan di dalam 'bengkel puasa'. Melalui amalan berpuasa, kolestrol yang menempel di pembuluh dihancurkan, gula dalam darah distabilkan dan tekanan darah dinormalkan. Semua ini adalah pemeliharaan secara fizikal.

Demikian juga dengan pemeliharaan rohani. Rohani perlu juga dicaj. Alat mencaj rohani adalah sabar, doa, zikir dan ibadah-ibadah seperti solat, zakat, infak dan sedekah yang dilakukan pada bulan Ramadan.

Ini bezanya antara diet dengan puasa. Diet menumpukan semata-mata pada fizikal sedangkan puasa tidak hanya mementingkan fizikal malahan juga rohani. Subhanallah.


Sumber: Artikel dipetik daripada buku Keajaiban Ramadan tulisan Jaffar Siddiq
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger