RANCANGLAH KEMATIAN, SEMOGA HUSNUL KHATIMAH
Written By Unknown on Monday, August 20, 2018 | 4:39 PM
إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ
"Sesungguhnya kamu akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati" [Surah az-Zumar 30]
Ayat ini mengingatkan kita tentang kematian. Semua manusia akan mati. Kita akan mati dan musuh kita juga akan mati. Orang baik mati. Orang jahat pun akan mati juga.
Kita tidak perlu untuk fikir tentang bila dan dimana kita akan mati. Hal ini adalah ketetapan Allah swt untuk semua makhluknya.
Yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana cara kita akan mati samada dalam keadaan diredhai Allah atau dimurkai Allah. Kita perlu merancang kematian kita dengan persediaan dan persiapan yang terbaik. Melakukan amal soleh dan ketaatan sepanjang hidup ini. Menjauhi segala tegahan Allah disepanjang masa. Semoga kematian yang akan kita hadapi penuh dengan kebahagiaan dan kedamaian.
Rancanglah kematian dengan sebaik-baiknya kerana sewaktu didunia kita diberi pilihan untuk memilih. Namun selepas nyawa kita ditarik, maka kita tidak akan diberi pilihan lagi. Kita akan berdepan dengan ketentuan Allah samada bahagia atau celaka berdasarkan amal yang telah kita sediakan.