Home » » ISU LGBT : HUKUMAN BUNUH TERHADAP PERLAKU HOMOSEKSUAL - HADIS

ISU LGBT : HUKUMAN BUNUH TERHADAP PERLAKU HOMOSEKSUAL - HADIS

Written By Unknown on Tuesday, August 21, 2018 | 1:53 AM



Menurut al-Hakim, hadith ini mengandungi sanad yang sahih, tetapi tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Ia mempunyai shahid yang menyokongnya. Menurut  al-Dhahabi, status hadith ini adalah sahih. Al-Albani mengatakan bahawa hadith ini berstatus hasan sahih.

Namun begitu, ketika mengulas hadith yang terdapat di dalam Sunan Ibn Majah, al-Albani mengatakan hadith ini berstatus sahih. Menurut Husayn Salim Asad,  kesemua rijal yang terdapat pada sanad hadith adalah dalam kategori sahih. Namun begitu, ketika Shu‘ayb al-Arna’ut menganalisis hadith yang terdapat di dalam karya Musnad Ahmad, beliau mengatakan bahawa status hadith ini adalah da‘if.

Menurut pengkaji, kemungkinan dikatakan da‘if oleh beliau adalah disebabkan terdapat perawi yang bernama ‘Amru bin Abi ‘Amru pada sanad hadith riwayat Imam Ahmad, dikritik oleh sebahagian ulama akan kedabitannya. Bagi pengkaji, walaupun perawi ini dikritik oleh sebahagian ulama, tetapi bagi sebahagian ulama yang lain menerima periwayatan beliau.

Oleh itu, keda‘ifan perawi ini masih dalam perselisihan di kalangan ulama. Hukumnya berbeza dengan keda‘ifan yang tiada khilaf di kalangan ulama, kerana keda‘ifan yang masih ada khilaf itu lebih ringan berbanding keda‘ifan yang tiada khilaf di kalangan ulama. Oleh yang demikian, pengkaji membuat kesimpulan bahawa hadith yang dikemukakan ini berstatus sahih, memandangkan sanad dan matannya yang dihukumkan sahih oleh kebanyakan ulama.

Hadith di atas menyatakan tentang larangan perlakuan seperti kaum Nabi Lut a.s. iaitu melakukan hubungan seks sesama lelaki atau homeseksual serta hukuman bunuh terhadap kedua-dua pelakunya. 

Al-Khattabi dalam Ma‘alim al-Sunan mengatakan bahawa perbuatan kaum Nabi Lut ini dihukum dengan sedemikian berat kerana seolah-olah para fuqaha’ merujuk kepada maksud di sebalik seksaan dan azab Allah SWT yang telah menghujani batu ke atas kaum Lut sehingga mereka terbunuh semuanya.

Sedangkan diperintahkan bunuh orang yang mengajak melakukan perbuatan itu adalah merujuk kepada makna di dalam syariat, iaitu mati disebabkan oleh hukuman rejam dengan batu bagi pelaku yang telah berkahwin. Manakala pelaku yang belum berkahwin disebat sebanyak 100 kali sebatan, tetapi tidak dibunuh.

Pendapat ini merujuk kepada pandangan Sa‘d bin al-Musayyab, ‘Ata’ bin Abi Rabah, al-Nakha‘i, al-Hasan dan Qatadah. Bahkan ia adalah pandangan yang kuat dalam mazhab al-Shafi‘i.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger