Ajaran Syiah bukan sahaja bahaya kepada aqidah dan syariat Islam, tetapi ia juga membawa ancaman kepada negara. Dan ini telah dibuktikan dengan fakta sejarah. Kemenangan Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan ke atas Baghdad pada tahun 656H yang menyaksikan pembunuhan umat Islam yang sungguh mengerikan.
Peristiwa yang mengerikan ini terjadi kerana dengan pertolongan dan perancangan jahat Syiah. Khalifah Al-Muktasim leka dan tidak menerima nasihat apabila melantik seorang menteri Syiah yang bernama Ibn Al-Qamiy. Beliau (Ibn Al-Qamiy) memanfaatkan dan mengambil kesempatan bila memegang jawatan. Beliau mengurangkan bilangan tentera Islam, membocorkan rahsia ketenteraan dan kelemahan kerajaan serta merancang tipuhelah bagi memerangkap Khalifah.
Dengan pengkhianatan itu, tentera Monggol telah berjaya menakluki Iraq dan membunuh orang-orang Islam dengan begitu kejam. Baghdad bermandi darah. Inilah tragedi besar yang menimpa umat Islam dan ianya adalah angkara tipu muslihat Syiah.
Pada tahun 1981, setelah golongan Syiah dapat mendirikan negara di Iran, setelah tercetusnya revolusi yang menumbangkan Shah Iran, mereka mula melancarkan perang terhadap Iraq. Ketika itu Saddam Hussein adalah pemerintah Iraq. Mereka berperang dengan Iraq kerana banyak tempat-tempat suci Syiah berada disana seperti kubur Sayidina Ali, kubur Sayidina Husin dan tempat ghaibnya imam Mahdi mengikut kepercayaan mereka.
Walaupun mereka tidak dapat menguasai Iraq pada ketika itu, tetapi kini mereka berkongsi tanah Iraq bersama Amerika.
FB Green Project
+ comments + 1 comments
apabila kemantapan ASWJ tidak dijaga syiah dan segala macam ajaran berleluasa