Home » » JENAZAH YANG MASIH TERPELIHARA JASADNYA DI JOHOR

JENAZAH YANG MASIH TERPELIHARA JASADNYA DI JOHOR

Written By Unknown on Friday, November 8, 2013 | 10:42 AM

Jenazah yang terpelihara jasadnya masya ALLAH TabarakALLAH di Johor

Perkuburan yg terlibat dengan expressway Segamat-Tangkak yg telah di gali semula untuk permindahan. Di dapati ada 3 jenazah yg masih elok dan utuh meskipun telah berusia 7-11tahun manakala kain kafan jenazah itu berbau wangi.

* Dari en jalaluddin - JKR

Katanya salah satu jenazah yg berusia 11 tahun tu seorang lelaki bekas guru mengaji AlQuran. SubhanALLAH. Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dlm keadaan elok. Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak Keadaan jenazah masih elok seolah2 baru dikapan dan dikebumikan.

* Maklumat tambahan 

Jenazah yang di pindahkan itu adalah jenazah milik Haji Md Raof  dan isterinya dah 11 tahun dikebumikan, tapi kain kapan dan jenazah mereka seperti baru je dikebumikan, berbau harum. Rupa-rupanya dia mengajar al-quran Subhanallah. Mulianya pasangan ini. Apalah nasib kita nanti. Rahmat Allah Maha Luas.


Untuk makluman perkuburan ini terlibat dgn projek expressway jalan segamat tangkak. Ini adalah kerja2 mengalihkan kubur di kg batu badak, gemereh segamat

Al-Fatihah.

Nota kaki :

Gambar JENAZAH MASIH UTUH jadikan pengajaran di khabar ahli ibadah dan guru Al Quran. Iktibar agar kita cinta pada Al Quran

DALAM ISLAM ADA KAEDAH "ISTIBDAL" MEMINDAHKAN KUBUR , TANAH WAKAF JIKA ADA KEPERLUAN DALAM HAL NI JALAN SEMPIT KERETA MAKIN BANYAK PERLU DI BESARKAN MAKA KUBUR TERBABIT PERLU DI PINDAHKAN

* DENGAN SYARAT DI GANTI TANAH YANG BARU.

SAMA JUGA TAPAK MASJID TIBATIBA TERLIBAT PEMBINAAN PARIT BAGI MENGATASI BANJIR MISAL KATA MAKA BOLEH ISTIBDAL. GANTI PINDAH TAPAK MASJID ITU .....

- Ustaz Muhammad Nazirul Al-Juhury

Sumber : Page FB Rahsia Perkahwinan

____________________________


Mayat 8 tahun ditemui dalam keadaan sempurna

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Nor dan Ahmad Ismail

SEGAMAT: Sebanyak 16 mayat membabitkan dua janin dan 14 dewasa ditemui dalam keadaan sempurna ketika dipindahkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, sejak penggalian dimulakan 6 November lalu.

Mayat dewasa itu dikebumikan antara lapan hingga belasan tahun lalu dan akan dipindahkan ke lokasi lain bagi memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang.

Kesemua mayat berkenaan termasuk kain kafannya ditemui dalam keadaan baik serta bersih.

Kubur berkenan antara 350 kubur yang akan dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek berkenaan.

Seramai 15 penggali kubur terbabit dalam penggalian berkenaan.

Agensi yang terbabit dalam kerja itu termasuk Jabatan Kesihatan Segamat, Jabatan Kerja Raya Segamat serta Pejabat Daerah Segamat.


Kesemua kerja penggalian dijalankan secara insani tanpa penggunaan jentera berat bagi memastikan mayat tidak terjejas.

Sumber : Harian Metro

___________________________________

Kenyataan keluarga yg terlibat pemindahan kubur:

KUASA ALLAH swt…….Tanah kubur wangi !!

SEGAMAT: “Ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum.”Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja,” kata Abdullah Abdul Karim.


Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur. “Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid. “Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran,” katanya ketika ditemui. Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.

Sumber : MRM

_______________________________

VIDEO

Share this article :

+ comments + 1 comments

November 8, 2013 at 4:54 PM

Assalammualaikum...

kun fayakun... jenazah mulia yh Allah tunjukkan utk kita ambil ikhtibar..

mselim3

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger