Home » » INGIN MATI SYAHID TAPI BAGAIMANA??

INGIN MATI SYAHID TAPI BAGAIMANA??

Written By Unknown on Monday, September 2, 2013 | 6:58 PM


“Saya ingin jadi lawyer! Saya ingin jadi doktor! Saya ingin jadi PM! Saya ingin jadi film maker!”  “Tidak kisah apa jua cita-cita kita dan anak-anak kita dalam urusan kerjaya di dunia asalkan halal, baik dan berguna. Namun sebagai umat Islam, kita mesti sewajarnya mempunyai misi dan cita-cita yang sama . Apakah dia?
Pada mulanya saya merasakan bahawa cita-cita yang dikongsi bersama ini patut diberi julukan 1 Malaysia 1 Cita-cita  tetapi mungkin tidak sesuai kerana ia khusus untuk orang Islam.  Cita-cita  yang perlu dikongsi bersama ialah cita-cita untuk mati syahid…. Sebagaimana sering dinyanyi, atau dinasyidkan … Syahid itu cita-cita kami.

Syahid adalah cita-cita kami.



Bicara kematian & ingin mati syahid

Dalam bicara soal kematian, kita sentiasa berdoa agar diberikan pengakhiran hidup yang baik, dan tidak diakhirkan dengan kesudahan yang buruk. Umat Islam di negara ini meninggal dengan pelbagai musabab kematian. Kita sendiri tidak tahu musabab kematian apa yang akan kita akan lalui bagi menuju alam barzah. Asalkan ia kematian yang baik (dengan keampunan), itu yang penting.

Namun kita sedar sebolehnya kita tidak mahu melalui kematian yang memenderitakan atau kelihatan ngeri dan memenderitakan melalui pandangan luaran. Sepertimana sering tersiar dan terpapar di t.v. dan akhbar.  Tidak perlu saya memberikan contoh dan perincian. Kemalangan kenderaan dan penyakit yang membawa kesakitan antara musabab yang dianggap lazim bagi kematian. Bila sahaja, ketika kita memandu kereta, sama ada kita tercuai atau pemandu lain yang tercuai, risiko sentiasa ada antara minima hingga maksima. Cedera ringgan, parah, koma atau kematian.

Sedangkan di atas semua itu, kita tahu betapa tingginya nilai kematian seorang syuhada. Syahid di sisi Allah. Syahid yang sebenar. Sebagaimana sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang terkorban di medan perang melawan kuffar. Sahabat seperti Umar, Ali, Uthman yang dibunuh. Sebahagian sahabat ini meminta syahid dalam medan perang, lalu Allah mentakdirkan.


Kisah Syahid Atas Permintaan

(1) Demi Allah, Bukan Untuk Ini Aku Mengikutimu [1]

Setelah diberi bahagian rampasan Perang Khaibar, seseorang sahabat bergegas menemui Nabi s.a.w. Dia berkata, “Apa ini, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Itu adalah bahagianmu.” Dia berkat , “Wahai Rasulullah, demi Allah bukan untuk ini aku mengikutimu. Tetapi, aku mengikutimu agar busur panah mengenai ini (sambil menunjukkan ke lehernya), sehingga aku mati dan masuk syurga.” Nabi s.a.w. memandangnya sambil berkata, “Jika engkau jujur kepada Allah, pasti dia memberikan kepadamu.” [2]

Lalu lelaki tersebut menyertai satu peperangan dan gugur sebagai syahid. Ini bukan suatu yang pelik dan aneh. Anehnya ialah panah musuh itu betul-betul mengenai tempat yang dia tunjukkan kepada Rasulullah (iaitu lehernya). Mereka membawa jenazahnya kepada Nabi s.a.w. Baginda mengembalikan telapak tangannya dengan rasa terkejut sambil berkata, “Betulkah dia? Dia telah jujur kepada Allah sehingga Allah memberikan kepadanya.”

(2) Demi Allah Sungguh Menakjubkan!


Sebelum Perang Uhud berlangsung, setiap sahabat berdoa kepada Allah dengan pelbagai doa. Namun yang menakjubkan adalah doa Abdullah ibn Jahsy. Beliau berdoa, “Ya Allah, aku meminta kepadamu agar esok ada salah satu pasukan kafir yang betul-betul kuat. Aku dan dia saling bertarung hingga aku dapat membunuhnya. Lalu kau berikan kepadaku salah satu pasukan kafir yang betul-betul kuat, yang aku dan dia saling bertarung hingga dia membunuhku, merobek perutku, memutuskan telingaku, dan memotong hidungku. Dengan begitu, aku akan menemui-Mu pada hari kiamat dalam keadaan demikian. Dan ketika engkau bertanya kepadaku, “Mengapa hal ini boleh terjadi padamu, Abdullah? Akan aku jawab, ‘Demi Engkaulah wahai Tuhan. Sehingga dia pun berkata, Engkau telah jujur.”

Apa yang lebih menakjubkan lagi adalah apa yang diucapkan oleh Sa’d ibn Abi Waqqas. Beliau bercerita, “Aku terus mencarinya (Abdullah). Demi Allah, aku lihat sesuatu yang menakjubkan. Kulihat perutnya robek, telinganya putus, hidungnya terpotong, dan disampingnya ada dua orang kafir yang terbunuh.”

Ketahuilah, jika engkau jujur kepada Allah, pasti Allah akan memberikannya kepadamu. Sanggup?

 “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum ) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak pula  berdukacita”.[3]

Doa Mati Syahid

Berdoalah untuk mati syahid. Berdoalah  bagi kematian seorang syuhada. Usah kita gentar dan berbelah bagi. Berdoalah. Mintalah sejujur rasa dan hati.

Untuk mengurangkan rasa ngeri dalam diri, kita juga memohon agar Allah s.w.t mentakdirkan ia berlaku ke atas kita, ketika dan saat itu kita bersedia. Benar-benar bersedia. Kita juga berdoa agar ia dipermudahkan bagi kita, dan kita diberi kekuatan untuk mengharunginya.

Bagaimana ia akan berlaku, tentulah kita tidak tahu. Sekiranya Allah mengkehendaki, pasti ianya terjadi.

Walaupun begitu wahai saudara-saudaraku…

Ada suatu rahsia indah untuk dikongsi.

 Sekiranya mati syahid itu tidak tercapai pada realiti, martabat seumpama masih boleh perolehi.

Bagaimana begitu? Apakah aku permainkan perasaan mu? Tidak. Sabarlah dahulu.

Hadith Sahih.

الرابع :عن أبي ثابت، وقيل: أبي سعيد، وَقيل :أبي الو ليد، سهل ابن حُنَيْفٍ وَهُوَ بدريٌّ – رضي الله علنه – أنَّ النَّبي – صلى الله عليه وسلم -،قَالَ:"مَنْ سَأَلَ الله تَعَالَى الشَّهَدةَ بِصِدْقِ بلَّغَهُ مَنَازِلَ الشَّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ". رواه مسلم
.         
                  

Daripada Abu Tsabit, ada yang mengatakan, Abu Said, dan ada pula yang mengatakan : Abu al-Walid, Sahal ibn Hunaif, iaitu seorang sahabat yang pernah menyertai Perang Badar (r.a), bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa memohon kepada Allah Ta’ala kematian secara syahid dengan benar dan jujur, maka dia disampaikannya kepada kedudukan para syuhada’, meskipun dia meninggal dunia di atas katil tidurnya.” [4]

Hadith ini menyatakan bahawa ketulusan niat membolehkan seseorang mencapai apa yang telah dicita-citakan dan seseorang yang berniat untuk mengerjakan suatu amal kebaikan, maka dia diberi ganjaran pahala, meskipun dia tidak berpeluang mengerjakannya. Begitu juga jika dia mengimpikan mati syahid…

-       Lalu apa lagi yang melekakan kita?

sila ziarahi:- http://hisham-ahmad.blogspot.com

________________________________

[1] Buku Pintar Akhlak; Dr. Amr Khaled (m/s 112-115)

[2] HR al –Nasai, al Sughra (hadis 4/60), al-Hakim, al-Mustadrak. (Hadis 3/595), al-Thabrani, al-Mujam al-Kabir (hadis no. 7108) Buku Pintar Akhlak.

[3] Surah Ali Imran ayat 169-170.

[4] HR Muslim dan lain-lain.

 
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger