Home » » SAYYID QUTB

SAYYID QUTB

Written By amirulyaacob on Saturday, August 4, 2012 | 6:51 AM

Sayyid Qutb

Salah seorang tokoh pengerakan Islam yang paling berpengaruh pada abad ke-20 adalah Sayyid Qutb. Penulis Azh-Zhilal, Sayyid Qutb bin Ibrahim, lahir di sebuah perkampungan bernama Musha, di Mesir, pada 9 Oktober 1906. Beliau mula belajar di Madrasah Ibtidaiyah di tempat kelahirannya pada tahun 1912 dan lulus pada tahun 1918. Kemudian beliau berhenti daripada sekolah selama dua tahun kerana revolusi tahun 1919.

Beliau mula bekerja dalam bidang kewartawanan dan banyak menulis di dalam akhbar-akbar dan majalah Mesir seperti Al-Ahram dan Al-Risalah. Beliau kemudiannya menerbitkan akhbar Ikhwanul Muslimin. Pada tahun 1930-an, beliau mula menulis mengenai masalah sosial, politik, dan agama. Pada tahun 1930-an dan 1940-an, Mesir sedang berjuang untuk merdeka daripada penjajahan Inggeris. Hal ini mempengaruhi pandangan dan pemikiran Sayyid Qutb. Beliau melihat imperialisme mengakibatkan kemerosotan moral rakyat Mesir. Beliau membuat kesimpulan bahawa banyak kaum Muslim yang telah ‘terjatuh’ ke dalam keadaan jahiliah atau kebodohan seperti pada zaman jahiliah sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam kebanyakan karyanya, Sayyid Qutb mengemukakan bahawa di dalam Islam itu terkandung segala jawapan bagi segala permasalahan sosial, ekonomi, dan politik.

Pada tahun 1947, Sayyid Qutb berubah haluan menuju kepada Islam dan menjadi pejuang Islam, bahkan menjadi tokoh pelopor pemikiran Islam kontemporari yang paling menonjol pada waktu itu. Beliau menyeru kepada kebangkitan Islam yang sebenar dan menyeru dimulaikan kehidupan berdasarkan Islam. Kerana itu, beliau menafsirkan al-Quran dengan penafsiran baru dalam karya yang sangat terkenal, Fi Zhilal Quran. Beliau juga merupakan pengasas aliran baru dalam penafsiran, iaitu aliran tafsir haraki. Beliau menambahkan makna, pemikiran haraki dan tarbiyah pada tafsirnya.

Di antara hasil karya ilmiah terpenting Sayyid Qutb adalah seperti yang berikut:
  1.     Fi Zhilalil Quran
  2.     Hadzad Din
  3.     Al-Mustaqbal li hadza Ad-Din
  4.     Khashaisut Tashawwuril Islami
  5.     Ma’alim fith Thariq
  6.     At-Tashwir Al-Fanni fil Quran
  7.     Musyahadatul Qiyamah fil Quran
  8.     Al-Islam wa Musykilatul Hadharah

Beliau pernah ditahan beberapa kali oleh pemerintah Mesir disebabkan kelantangan beliau untuk menegakkan keadilan. Pada tahun 1965, Presiden Gamal Abdul Nasir menuduh beliau cuba menggulingkan pemerintah melalui  pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang dipimpinnya. Akibat peristiwa ini, Sayyid Qutb ditahan untuk kali ketiga pada 9 Ogos 1965. Penyeksaan terhadap Sayyid Qutb dilakukan di penjara perang pada 19 Disember 1965 selama tiga hari. Pembicaraan terhadap Sayyid Quthb dimulai pada 12 April 1966, diketuai Fuad Ad-Dajwi dan menjatuhkan hukuman mati ke atas Sayyid Qutb pada 21 Ogos 1966. Walaupun pemerintah Mesir telah menerima sejumlah telegram dari segala pelosok dunia Arab dan Islam yang menuntut Presiden tidak melaksanakan hukuman mati terhadap Sayyid Qutb, namun hukuman terhadap Sayyid Qutb tetap dilaksanakan.

Hukuman mati terhadap Sayyid Qutb telah menggoncang dunia Arab dan Islam serta menbangkitkan kemarahan ulama, daie, dan masyarakat Islam. Pada ketika yang sama, tindakan ini ‘menyejukkan dada’ orang Yahudi, Salibis, Atheis, Komunis, dan musuh-musuh Islam yang lain.

Sekilas kronologi perjalanan hidup Sayyid Qutb
  • 1906 – Lahir di desa Musha, Mesir
  • 1953 – Bekerja dikementerian Pendidikan Mesir
  • 1948-1950 – Berangkat ke Amerika Syarikat
  • 1952 – Bergabung dengan organisasi Ikhwanul Muslimin dan mengetuai pasukan propaganda Dakwah dan Penerbitan
  • 1954 – Ditangkap dan dipenjarakan
  • 1955 – Dijatuhkan kerja paksa selama 15 tahun
  • 1964 – Menerbitkan karya terakhir, Ma’alim fi at-tariq
  • 1965 – Diadili kerana didakwa menghasut
  • 1966 – Dihukum Mati


Susunan HAYATI SAYUTI
Ummatanwasatan.net
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger