Home » » SIAPAKAH NABI KHIDIR?

SIAPAKAH NABI KHIDIR?

Written By Suatu Perjalanan Maya on Thursday, September 11, 2014 | 7:40 PM


Nama Sebenar Nabi Khidir Ialah Balya Bin Malkan Bin Faligh Bin ‘Abir Bin Syalikh Bin Arfakhsyaz Bin Sam Bin Nabi Nuh. Dan Gelarannya Pula Ialah Abu Al’ Abbas. Beliau Juga Dikenali Dengan Panggilan Khidir Kerana Dua Sebab. Sebab 1 - Rasulullah S.A.W Bersabda: “Ia Dinamakan Khidir Kerana Ketika Ia Duduk Di Atas Rumput Tiba-Tiba Memancar Cahaya Hijau Dari Arah Belakangnya (Hadis Abi Hurairah Yang Diriwayatkan Oleh Bukhari). Sebab Ke2 - Al-Khattaby Berkata : Dia Dinamakan Khidir Kerana Wajahnya Cantik Dan Berseri-Seri (Rujuk Al-Bidayah Wal Nihayah-Ibnu Katsir 1/327).

Malkan Iaitu Ayahanda Kepada Nabi Khidir Adalah Seorang Raja Yang Amat Berpengaruh Dan Terkenal Dengan Kekejamannya. Ketika Nabi Khidir Masih Kecil, Dia Dihantar Belajar Dengan Seorang Guru Yang Berakhlak Mulia. Di Antara Rumah Guru Dan Istana Malkan, Ada Seorang Ahli Ibadah Yang Mana Nabi Khidir Amat Tertarik Dengannya. Maka Dia Belajar Dan Tinggal Bersama Orang Yang Ahli Ibadah Itu. Gurunya Beranggapan Bahawa Nabi Khidir Berada Di Istana Raja Malkan. Manakala, Raja Malkan Pula Beranggapan Bahawa Nabi Khidir Berada Di Rumah Gurunya. Tetapi Sebenarnya, Nabi Khidir Tinggal Dan Belajar Secara Tidak Rasmi Dengan Orang Yang Ahli Ibadah Itu.

Setelah Nabi Khidir Meningkat Dewasa, Pembesar-Pembesar Istana Mencadangkan Supaya Dia Segera Dikahwinkan Untuk Mendapatkan Keturunan Atau Generasi Penerus Kerajaan Raja Malkan. Kemudian Raja Malkan Menawarkan Dan Menyuruh Nabi Khidir Mendirikan Rumahtangga. Bagaimanapun Nabi Khidir Enggan Menerima Tawaran Tersebut. Setelah Berulangkali Disuruh Oleh Ayahandanya, Akhirnya Nabi Khidir Bersetuju Dan Berkahwin Dengan Seorang Puteri Raja.

Setelah Agak Lama Menjadi Pasangan Suami Isteri, Maka Nabi Khidir Memberitahu Isterinya :”Aku Beritahu Kepadamu Tentang Suatu Rahsia Ku, Jika Kamu Rahsiakan, Kamu Akan Selamat Di Dunia Dan Di Akhirat Tetapi Jika Kamu Bocorkan Rahsia Ku Ini, Kamu Akan Disiksa Di Dunia Dan Di Akhirat.” Isterinya Bertanya ”Apakah Rahsia Itu ?” Nabi Khidir Menjawab : “Sesungguhnya Aku Ini Seorang Lelaki Yang Beragama Islam. Bukan Seperti Ayahku Dan Aku Tidak Memerlukan Perempuan Dalam Hidupku. Oleh Itu, Jika Kamu Bersetuju Hidup Bersamaku Dan Mengikut AgamaKu. Maka, Kita Boleh Terus Hidup Bersama. Dan Sekiranya, Kamu Tidak Setuju Dengan Ku, Maka Aku Membenarkan Kamu Pulang Ke Rumah KeluargaMu.” Isteri Nabi Khaidir Membalas ”Aku Akan Terus Setia Bersama Mu.”

Setelah Lama Berumahtangga Dan Tidak Mempunyai Anak Maka Pembesar Negara Dan Orang Ramai Bertanya Kepada Raja Malkan. ”Bahawasanya Anak Kamu Itu Sebenarnya Mandul Dan Tidak Dapat Memperolehi Anak.” Lantas Raja Malkan Bertanya Kepada Nabi Khidir : ”Telah Lama Kamu Berkahwin Tetapi Sehingga Hari Ini Kamu Masih Belum Mempunyai Anak.” Balas Nabi Khidir : ”Hal Ini Bukan Di Bawah KekekuasaanKu Tetapi Di Bawah Kekuasaan TuhanKu Allah SWT. Dia Mengurniakan Anak Kepada Sesiapa Yang DikehendakiNya.” Soalan Yang Sama Ditanya Oleh Raja Malkan Kepada Isteri Nabi Khidir. Jawapan Yang Diperolehi Daripada Isteri Nabi Khidir Adalah Sama Sebagaimana Yang Diperolehi Daripada Nabi Khidir.

Setelah Sekian Lama Telah Berkahwin Tetapi Masih Belum Dikurniakan Anak, Raja Malkan Menyuruh Nabi Khidir Menceraikan Isterinya. Nabi Khidir Enggan Berbuat Demikian Pada Mulanya Tetapi Raja Malkan Terus Memaksa Nabi Khidir Dan
Akhirnya Raja Malkan Memisahkan Antara Nabi Khidir Dan Isterinya. Kemudian Secara Paksa, Raja Malkan Mengahwinkan Nabi Khidir Dengan Seorang Janda Muda Yang Telah Mempunyai Anak Dengan Harapan Mudah-Mudahan Perkahwinan Ini Nanti Akan Membuahkan Hasil, Iaitu Mempunyai Anak Untuk Meneruskan Keturunan Dan Kerajaan Raja Malkan.

Malangnya Keadaan Yang Sama Berlaku. Setelah Lama Berkahwin, Mereka Masih Belum Dikurniakan Anak. Apabila Nabi Khidir Ditanya Tentang Hal Ini, Jawapannya Sama Seperti Dahulu. Kemudian Raja Malkan Bertanya Kepada Isteri Kedua Nabi Khidir : ”Kamu Ini Adalah Janda Muda Yang Sudah Mempunyai Anak Sebelum Kahwin Dengan AnakKu, Kenapa Pula Kamu Tidak Memperolehi Anak Setelah Berkahwin Dengannya ?”

Isteri Kedua Nabi Khidir Pun Menjawab : ”Semenjak Kami Kahwin Sehingga Sekarang, Saya Tidak Pernah Disentuh Sama Sekali Oleh Beliau.” Kemudian Isteri Pertama Nabi Khaidir Dipanggil Dan Ditanya, Jawabannya Sama Belaka. Nabi Khaidir Dipanggil Oleh Raja Malkan Dan Dimarahi Dengan Bahasa Yang Kesat Serta Kasar. Sehingga Hati Nabi Khidir Terasa. Justeru Itu, Nabi Khidir Berasa Tidak Bahagia, Tidak Selesa Dan Tidak Tenteram Untuk Tinggal Di Istana Raja Malkan. Akhirnya Nabi Khidir Meninggalkan Istana Raja Malkan Dan Pergi Merantau

Raja Malkan, Ayahanda Kepada Nabi Khidir Amat Sedih Dan Menyesal Dengan Kejadian Itu. Justeru Raja Malkan Mengerahkan 100 Orang Mencari Nabi Khidir Ditempat Yang Berlainan, Sebelah Utara, Selatan, Timur Dan Barat. Mereka Berpecah Mengikut Kumpulan. Akhirnya, Sekumpulan Sepuluh Orang Berjaya Menemui Nabi Khidir Di Sebuah Pulau Yang Kecil Dan Terpencil.

Nabi Khidir Berkata Kepada Kumpulan 10 Orang Ini. ”Aku Akan Katakan Sesuatu Yang Bila Kamu Rahsiakan, Kamu Akan Selamat Di Dunia Dan Akhirat. Tetapi Jika Kamu Bocorkan Rahsia Ini, Kamu Akan Disiksa Di Dunia Dan Diakhirat.” Mereka Kumpulan 10 Bertanya ”Apakah Rahsia Itu ?’ Namun Nabi Khidir Bertanya Lagi Kepada Mereka ”Adakah Orang Lain Yang Mencari Aku Selain Daripada Kamu Sekelian Yang Bersepuluh.” ”Ya, Ada” Balas Mereka. Nabi Khaidir Terus Berkata ”Jika Kamu Merahsiakan Pertemuan Kita Ini Daripada AyahandaKu Tentang Pertemuan Kita Di Pulau Kecil Ini. Sebabnya, Jika Kamu Beritahu Ayahanda Ku Tentang Pertemuan Kita Ini, Nanti Aku Akan Dibunuh Dan Kamu Juga Akhirnya Akan Dibunuh Selepas Itu,”

Namun Setelah Kumpulan Sepuluh Pekerja Istana Ini Pulang Ke Istana Malkan Dan Bertemu Raja Malkan, Sembilan Daripada Mereka Jujur Kepada Raja Malkan Dengan Memberitahu Bahawa Mereka Telah Bertemu Nabi Khidir. Manakala, Hanya Seorang Yang Merahsiakan Pertemuan Tersebut Daripada Raja Malkan. Sembilan Yang Mengaku Bertemu Nabi Khidir Dikerah Untuk Mencari Dan Membawa Pulang Nabi Khidir Ke Istana. Malangnya, Nabi Khidir Tiada Di Pulau Kecil Tersebut Kerana Beliau Telah Merantau Ke Tempat Yang Lain. Semua Sembilan Orang Pekerja Istana Ini Pulang Dengan Tangan Kosong Dan Mati Dihukum Pancung Oleh Raja Malkan. Yang Seorang Lagi Selamat Kerana Beliau Menjaga Rahsia Dan Telah Melarikan Diri Dari Istana Raja Malkan.

Isteri Kedua Nabi Khidir Si Janda Muda Itu Juga Turut Di Hukum Bunuh Kerana Menjadi Pencetus Kepada Kekacauan Yang Berlaku Dalam Istana Raja Malkan. Kerana Takut Dibunuh Oleh Raja Malkan, Bekas Isteri Pertama Nabi Khidir, Si Puteri Raja Lari Menginggalkan Istana Raja Malkan Bersama-sama Pekerja Istana Yang Menjaga Rahsia.

Akhirnya Mereka Berdua Bertemu Di Perantauan Dan Mereka Berjanji Untuk Menutup Rahsia Masing-Masing. Mereka Akhirnya Bertemu Jodoh Dan Berkahwin. Mereka Merantau Ke Mesir Dan Berkerja Dengan Raja Fir’aun Di Sana. Si Isteri Bekerja Sebagai Pengasuh Anak Perempuan Fir’aun. Dalam Sejarah Dia Dikenali Dengan Nama MASHITAH (Tukang Sikat Rambut). Sementara, Suaminya Pula Bekerja Sebagai Tukang Kayu, Namanya Ialah HIZQIL (Pembuat Kotak Yang Menghanyutkan Nabi Musa AS Ketika Bayi Di Dalam Sungai Nil).

kisah-kekasih-allah.blogspot.com

Sumber : Kisah Nabi Musa dan Fir’aun oleh Hamdan Bin Muhtar Guru Agama Bertauliah Negeri Selangor, Malaysia)


Share this article :

+ comments + 6 comments

Anonymous
October 13, 2014 at 4:49 PM

Adakah cerita ini bersumberkan Al-Quran atau kitab Yahudi?

Anonymous
October 13, 2014 at 8:07 PM

kisah ini dipetik dari buku : Kisah Nabi Musa dan Fir’aun oleh Hamdan Bin Muhtar Guru Agama Bertauliah Negeri Selangor, Malaysia) saya pernah membacanya..

January 14, 2015 at 1:21 AM

Dari buku?? Sungguh mencuriga kan

Anonymous
January 19, 2015 at 11:44 AM

Cuba bacalah buku tu sendiri bagi puas hati.. klik link/copypaste bawah ni untuk dapatkan buku tersebut tak mahal pun rm8 jer : http://badanbookstore.com/product_single.php?productid=P20141202030930D&productkey=7595fd7273ec4ccdf13e6aa9c86072c7

May 26, 2015 at 12:01 PM

salam..apa kah pengesahan cerita ini?

June 13, 2015 at 11:26 PM

psl mashitah agak mencurigakan.. maklumlah sy belum cukup ilmu..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger