Home » , » SHEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI DIGODA SYAITAN

SHEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI DIGODA SYAITAN

Written By Unknown on Thursday, September 11, 2014 | 8:34 PM


"Pada suatu ketika, sheikh Abdul Qadir Al Jailani ternampak suatu cahaya terang benderang yang memenuhi seluruh langit. Kemudian suatu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata: “Wahai Abdul Qadir, akulah Allah, Tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu.” Sheikh Abdul Qadir menjawab: “Berambuslah wahai syaitan.” “Sebaik sahaja sheikh Abdul Qadir mengucapkan kata tersebut, cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia itu mendesir menjadi asap. Kemudian sheikh Abdul Qadir terdengar orang berkata: “Wahai Abdul Qadir, aku telah menyesatkan tujuh puluh Ahli al-Sufi dengan cara ini, tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu”. “ Mendengar kata itu, sheikh Abdul Qadir pun membalas: 'Tidak. Itu cuma rahmat Allah s.w.t.'

" Sesudah Sheikh Abdul Qadir menceritakan peristiwa tersebut , maka salah seorang pendengar bertanya: "Bagaimana kamu tahu bahawa itu adalah syaitan?' "Ketika dia berkata bahawa dia telah menghalalkan bagi saya perkara haram." Jawab Sheikh Abdul Qadir. Beliau selalu memberitahu muridnya bahawa apa-apa amalan yang bercanggah dengan suruhan Allah, maka sudah tentu itu adalah amalan daripada syaitan.

Oleh itu hendaklah seseorang itu kembali kepada ajaran syariat, mengukuhkan iman dan melawan kecenderungan nafsu dengan bersungguh-sungguh kerana apa jua yang tidak dibenarkan oleh syarak sudah tentu ianya menyesatkan. Oleh itu, sesiapa yang mendakwa bahawa dirinya telah mendengar suara Allah pada hari ini, maka berhati-hatilah dengan orang itu kerana ternyata dia telah mendengar bisikan syaitan. Mungkin syaitan mudah mendampingi dan membantu golongan yang mahu menjadikan syaitan sebagai kawan mereka berbanding dengan manusia seagama dan sebangsa dengan mereka walaupun Allah swt telah berkali-kali menegaskan kepada kita dalam al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger