Home » , » WALI ALLAH ABU 'UTHMAN AL-HIRI

WALI ALLAH ABU 'UTHMAN AL-HIRI

Written By Suatu Perjalanan Maya on Wednesday, July 9, 2014 | 1:51 AM


    Satu hari, semasa masih kanak-kanak, beliau pergi ke sekolah ditemani oleh empat orang khadam. Beliau membawa tempat dakwat diperbuat daripada emas dan memakai pakaian yang indah-indah. Di tengah jalan dilihatnya seekor keldai yang luka belakangnya dan burung-burung mematuk tempat luka itu. Keldai itu hampir-hampir mati. Al-Hiri terus membuka pakaiannya dan membalut luka itu. Keldai itu memandangnya dengan perasaan terima kasih dan bermohon kepada Allah. Serta merta rahmat Tuhan melimpahi beliau. Semasa perjalanan pulang beliau tidak sedar diri. Beliau belajar dari Ma’az. Setelah maju sedikit dalam bidang kesufian, beliau pun meninggalkan harta kekayaannya dan rumahtangganya dan ibu bapanya. Seterusnya beliau belajar dari seorang sufi agung di zamannya bernama Syekh Syuja’ Kirmani dan Abu Al-Hafs.

Tidak pernah marah

    Beliau sangat terkenal dalam mengawal diri dan tidak pernah marah. Satu hari ada seorang mengajaknya untuk jamuan makan. Apabila Al-Hiri datang, beliau pun dihalau dengan kata-kata yang kasar. Kemudian beliau diajak lagi. Beliau datang tetapi dihalau lagi. Beliau pun pulang. Beliau diajak lagi. Beliau pergi tapi dihalau pula. Beliau pulang. Tidak kurang tiga puluh kali perkara ini berlaku tetapi beliau tidak peduli. Akhirnya orang itu menjadi murid beliau dan menghormati beliau. Murid itu bertanya bagaimana beliau dapat menahan sabar sedemikian rupa. Al-Hiri menjawab , “ Sebenarnya tidak ada luar biasa tentang perkara itu. Apa yang saya buat , anjing pun boleh buat. Apabila diajak, dia datang; apabila dihalau dia pergi. Ini bukanlah satu tanda kewalian yang besar.”

    Satu hari Al-Hiri sedang berjalan. Apabila sampai di sisi sebuah rumah dengan tidak sengaja orang rumah itu membuang sebakul abu dan jatuh ke atas kepala beliau. Murid-murid beliau ingin membalas kesalahan itu. Tetapi Al-Hiri melarang mereka dan beliau terus berdoa, katanya,” Oh Tuhan ! Aku ini berdoa dan patut benar api yang bernyala itu menimpai aku, tetapi Engkau dengan kasih saying telah menjadikan abu itu sejuk. Aku bersyukur kepada Engkau kerana kasih Mu itu “.

    Satu hari, di tengah jalan beliau bertemu dengan seorang muda yang sedang mabuk dan memainkan alat muzik. Al-Hiri menangkapnya dan membawa ke rumahnya. Orang muda itu dimandikan dan diberi pakaian orang sufi. Kemudian Al-Hiri berdoa, “ Aku telah melakukan apa yang terdaya oleh ku; sekarang Engkau pulalah melakukan sesuatu.” Tiba-tiba dengan kurnia Allah orang itu pun mengalami ‘mabuk Allah’ dan mencapai taraf keruhanian yang tinggi. Bila ‘Uthman Al-Maghribi melihat ketinggian ruhaniah orang muda itu, beliau pun terasa kagum. Beliau sendiri tidak mencapai taraf seperti itu setelah berlatih selama dua puluh tahun, pada hal orang muda itu mencapainya dalam seketika sahaja dengan izin Allah. Al-Hiri berkata,” Oleh itu janganlah bergantung kepada usaha sendiri tetapi carilah kurniaan Allah dengan hati yang suci.” Mereka berdua membau mulut orang muda itu dan masih lagi ada bau arak.

    Ada orang bertanya kepada Al-Hiri,” Tuan , lidah ku menyebut Allah tetapi fikiran ku melayang entah ke mana. Apa patut saya buat ?” Al-Hiri menjawab, “ Syukurlah kepada Allah kerana kurnianya dapat kamu menyebut nama Dia. Allah akan kurniakan pula kepada anggota-anggota lain jika kamu bersyukur kepada Allah.”

Al-Hiri Berkata :

1. Adalah memang keadaan cinta yang membuat kita melupakan segala yang lain kecuali Yang Di cinta.
2. Kebahagiaan di dunia ini merampas kebahagiaan di akhirat.
3. Jangan takut siapa pun atau mengharap sesuatu dari siapa pun.
4. Lebih baik membuang keduniaan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger