Home » , » MONICA PELAKON FILEM TAMIL MEMELUK ISLAM

MONICA PELAKON FILEM TAMIL MEMELUK ISLAM

Written By Unknown on Monday, June 30, 2014 | 11:03 PM


Monica

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal India Selatan, Monica telah memeluk agama Islam pada 30 Mei lalu.

Beliau yang telah berlakon dalam lebih 50 filem bagaimanapun tidak mendedahkan kenapa memilih agama Islam, lapor portal Oneindia.

Monica mula menceburi industri perfileman melalui filem Avasara Police 100 ketika berusia tiga tahun telah berlakon lebih 50 filem.

Beliau yang dilahirkan pada 25 Ogos 1987 pernah menerima anugerah pelakon kanak-kanak terbaik bagi Negeri Tamil Nadu.

Beliau juga merupakan pelakon popular dalam industri India Selatan yang lain seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.

Pada tahun 2001, Monica telah menukar namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

"Saya tidak menukar dengan sebab cinta atau wang, saya bukan orang seperti itu. Saya suka prinsip Islam, jadi saya memeluk agama Islam," tegasnya.

Setelah menganut Islam, Monica memilih nama MG Raheema iaitu mengambil sempena nama bapanya M - Maruthi Raj dan G-Gracy (ibu). - HARAKAHDAILY 19/6/2014
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger