Home » , » UMAT ISLAM AFRIKA TENGAH PULA DITINDAS

UMAT ISLAM AFRIKA TENGAH PULA DITINDAS

Written By Unknown on Sunday, February 16, 2014 | 9:33 PM




Hakikatnya...sebelum ini kita banyak mendengar akan berita-berita umat Islam ditindas dan dibunuh di Palestine, Rohingnya, Libya , Syria, Bosnia dan lain-lain lagi. Kini kejadian seperti ini terpaksa dihadapi oleh umat Islam di Afrika pula.

Kesatuan Ulamak Sunnah menggesa kerajaan-kerajaan umat Islam untuk mengambil tindakan bersama bagi mengecam pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Afrika Tengah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak kesatuan juga mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh militia penganut Kristian di negara itu yang melancarkan pembunuhan ke atas penganut Islam.

Sumber: Kesatuan Islam Sedunia


Kesemua media liputan mebisu mendiamkan diri ke atas apa yang berlaku kerana media diseluruh dunia ini diperintah oleh musuh-musuh islam ... Semua kerajaan di dunia mendiamkan diri mahupun ianya adalah Negara Islam kerana semua kerajaan di dunia juga telah dikuasai oleh musuh-musuh Islam... Umat Islam terleka dan terlupa makna sebenar persaudaraan islam. Orang Islam itu sendiri telah terlupa bahawa tugas setiap muslim adalah untuk mempertahankan, melindungi dan membantu saudara-saudaranya!

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya”.

Seluruh dunia berjaya mendengar tentang SEORANG Kristian yang telah dibunuh oleh orang Islam yang kononnya "racist" di UK beberapa bulan yang lalu , tetapi malangnya tidak ada yang peduli akan pembunuhan beribu-ribu orang Islam oleh Kristian di Republik Afrika Tengah. Bukankah mereka juga saudara Islam kita??!

SEBARKAN!
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger