Home » » KONFLIK DI CENTRAL AFRICAN REPUBLIC (CAR)

KONFLIK DI CENTRAL AFRICAN REPUBLIC (CAR)

Written By Unknown on Wednesday, February 19, 2014 | 11:38 PM


Seperti yang semua sedia maklum, Muslim di CAR sedang ditindas oleh komuniti Kristian. Ramai yang beranggap isu ini seperti di Rohingya ataupun peristiwa Rwanda pada 1994 tetapi sebenarnya isu ini adalah berbeza. Sebelum membuat spekulasi, mari kita ikuti rentetan peristiwa yang berlaku di CAR ketika ini 1.
  • CAR, bumi penuh konflik
  • Demografi CAR
  • Titik pencetus konflik
  • Siapakah Seleka?
  • Siapakah Anti-Balaka?
  • Ada lagikah harapan?

CAR, bumi penuh konflik

Selepas merdeka daripada France pada 1960, sebanyak 8 kali kudeta berlaku di CAR 2. Salah seorang bekas Presiden, Bokassa pernah menabalkan diri sebagai Maharaja setelah mengumumkan dirinya sebagai “Presiden Seumur Hidup” 3. Dan paling baru ialah kudeta Presiden Bozize oleh kumpulan Militan Muslim, Seleka. Lord’s Resistance Army (LRA) yg diketuai oleh Joseph Kony juga dipercayai berada di kawasan berdekatan CAR selepas LRA bergerak ke CAR pada 2008 4.


Demografi CAR

Komposisi agama bagi penduduk CAR adalah 50% Kristian, 15% Muslim dan 35% penganut nenek moyang. Mereka menggunakan bahasa Perancis dan Sangho sebagai bahasa ibunda mereka. Antara etnik terbesar di sana ialah Baya, Banda dan Mandjia. Kebanyakan komuniti Kristian mengamalkan hidup menetap manakala komuniti Muslim masih mengamalkan hidup secara nomad 5.


Titik pencetus konflik

Pada Mac 2013, kumpulan Seleka diketuai Michel Djotodia telah melakukan kudeta terhadap kerajaan Bozize ketika proses rundingan dilakukan 6. Antara motifnya ialah tidak puas hati dengan kerajaan Bozize yang mengabaikan komuniti Muslim di utara CAR. Dengan itu, Michel Djotodia mengangkat sumpah menjadi Presiden Muslim pertama di negara itu7.Selama kumpulan ini berkuasa, pelbagai jenayah kemanusiaan yang dilakukan mereka terhadap komuniti Kristian terutamanya di bandar Bangui 8.

Pada September 2013, Michel Djotodia mengumumkan bahawa kumpulan Seleka telah dibubarkan dan ada yg diserap masuk ke dalam tentera CAR 9 . Bagaimana pun, sesetengah kumpulan militan tersebut menolak untuk meletak senjata dan kini dikenali sebagai ex-Seleka 10.

Pada masa yang sama, wujudlah kumpulan militan Kristian yang dikenali sebagai Anti-Balaka untuk membalas dendam atas keganasan Seleka.

Pergelutan antara dua kumpulan ini menyebabkan lebih 600000 penduduk menjadi pelarian 11.Lebih 1000 orang maut dan setakat ini lebih 10000 Muslim melarikan diri daripada CAR 12 .

Konflik ini menjadi parah di mana mereka tidak menerima Muslim sebagai warga CAR dan harus dihapuskan 13. Michel Djotodia yang gagal menyelesaikan masalah ini ditekan oleh ketua2 daerah dan akhirnya meletak jawatan.

Kemudian, Catherine Samba-Panza mengambil alih jawatannya sebagai Presiden Interim 1415. Beliau yang berkedudukan neutral menyeru kumpulan ex-Seleka dan anti-Balaka untuk menghentikan konflik tersebut dan mengumumkan kesediaan untuk menggunakan tentera kepada pencetus konflik 16.

Siapakah Seleka?

Mereka adalah kumpulan militan yang terdiri daripada warga Chad dan Sudan (dipercayai sebagai askar upahan) dan warga Utara CAR 17. Mempunyai kekuatan sebanyak 20000 orang dan terdiri drpd 5-6 kumpulan gerila. Mereka diketuai oleh Michel Djotodia. Sebanyak 3000 orang kumpulan Seleka menyerang Bangui dan merampas kuasa sekaligus meletakkan Michel Djotodia sebagai Interim President 18. Tetapi setelah berlaku kudeta, berlaku perpecahan antara mereka dan Michel Djotodia gagal mengawal mereka sepenuhnya.

Siapakah anti-Balaka?

Mereka merupakan orang Kristian yang mempunyai sentimen anti-Muslim disebabkan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan Seleka 19. Kumpulan ini terdiri daripada gabungan longgar antara beberapa kumpulan dan kampung. Mereka mengambil kesempatan atas pembubaran Seleka untuk melakukan balas dendam terhadap orang Muslim. Salah seorang ketua Anti-Balaka di Bangui, Yagouzou melaporkan mereka hanya melindungi penduduk daripada serangan ex-Seleka dan pembunuhan yang dilakukan terhadap penduduk Muslim ialah golongan pseudo Anti-Balaka yang mempunyai krisis identiti dan motif sebenar 20.

Ada lagikah harapan?

Bergantung kepada kecekapan kerajaan CAR dan France dalam menghentikan konflik ini. Tetapi melihatkan sentimen anti-Muslim di Bangui adalah sangat-sangat membimbangkan 21 . Dalam isu ini, kedua-dua pihak sememangnya bersalah atas jenayah yang dilakukan. Namun, temubual dengan seorang paderi Xavier Fagba yang melindungi lebih 650 orang Muslim pelarian memberikan sedikit harapan supaya konflik ini berakhir 22 23.Memetik kata-kata beliau,

“The Muslims discovered in our church that the God we worship is the same as their God,” said Father Fagba.

“And that’s the vision the whole of this country needs to have. We should consider them as our brothers. What happens here gives me a certain conviction.”

Untuk link berkaitan sumber rujukan sila ke : http://arif-france.org/v3/konflik-di-central-african-republic-car/

Sumber : ARIF-FRANCE
#mesirkini
#R4BIA
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger