Home » » DR. ZAKIR PALING BERPENGARUH DALAM DUNIA ISLAM

DR. ZAKIR PALING BERPENGARUH DALAM DUNIA ISLAM

Written By Unknown on Sunday, February 23, 2014 | 5:09 PM

Dr Zakir Abdul Karim

    DILAPORKAN jumlah penduduk Islam di dunia kini adalah 1.7 billion atau 23 peratus daripada jumlah populasi dunia. Maka, sudah tentulah akan ada dalam kalangan mereka itu memiliki pengaruh yang besar terhadap komuniti masing-masing atau dunia Islam secara amnya.

Pengaruh yang mereka bawa (sama ada dari segi budaya, ideologi, politik, kewangan dan sebagainya) itu mampu membawa perubahan yang signifikan kepada dunia Islam. Tidak kiralah, sama ada perubahan itu membawa kepada kesan negatif atau positif.

Golongan terpilih itu, sudah pasti, bukan hanya daripada kalangan ahli agama atau sarjana Islam, tetapi juga pemimpin organisasi tertentu dan ketua pemerintah sesebuah negara.

Di dalam buku berjudul 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia edisi 2013/2014 terbitan Royal Islamic Strategic Studies Centre, Jordan, telah membahagikan pengaruh mereka itu kepada 13 kategori.

Ia berdasarkan kajian ilimiah, politik, pentadbiran agama, pendakwah, pembangunan dan dermawan/amal, isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, seni dan budaya, pembaca al-Quran, media, selebriti dan olahraga serta pemikiran radikal.

Dr Zakir Abdul Karim Naik Pendakwah dan Pengasas Yayasan Penyelidikan Islam. Seorang pendakwah keturunan India disenaraikan paling berpengaruh dan berkuasa pada 2010. Ini berikutan semangat dan keazamannya yang tidak pernah padam untuk menyebarkan ajaran serta nilai Islam sebenar kepada dunia.

Beliau sering menyertai forum yang menampilkan subjek berkenaan salah faham dan pemahaman tentang konsep iman. Sering juga mengadakan diskusi dengan pemimpin agama lain secara langsung menerusi saluran satelit yang diasaskannya iaitu – Peace TV.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger