Home » , » KEBENARAN ISLAM MENGENAI KUCING SEJAK 1500 TAHUN YANG LALU

KEBENARAN ISLAM MENGENAI KUCING SEJAK 1500 TAHUN YANG LALU

Written By Unknown on Saturday, November 16, 2013 | 4:35 PM


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

Kuman enterobacter yang tidak merbahaya

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….

Sumber : hasnulhadiahmad.com 

Share this article :

+ comments + 24 comments

November 18, 2013 at 2:06 PM

terima kasih atas info ni..suka sangat!!!

Anonymous
December 13, 2013 at 10:40 AM

Bahaya syiah....

Anonymous
June 29, 2014 at 12:09 PM

apa pula pandangan jika terdapat banyak guguran bulu kucing pada pakaian kita..adakah sah solat jika pakaian mempunyai bulu2 kucing?

June 29, 2014 at 11:22 PM

sah

Anonymous
June 30, 2014 at 11:27 AM

tidak sah.bulu kucing yang gugur adalah najis

June 30, 2014 at 10:42 PM

Sah solat yang terdapat bulu kucing yang melekat dibajunya kerana bulu
kucing bukan kategori najis.

Kecuali telah dipastikan bahawa bulu itu mengandungi najis..

http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/kategori

June 30, 2014 at 10:44 PM

Boleh semak atau bertanyakan apa sahaja kemusykilan agama di sini

http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/kategori

Anonymous
July 2, 2014 at 10:57 PM

bagaimana pula wanita yang mengandung pada tahap 1 tidak digalakkkan dekat dengan kucing kerana ditakuti jangkitan bakteria?

July 3, 2014 at 5:42 AM

Wanita yg mgandung tidak dgalakkn mbersih najis kucing shj....dtakuti dlm najis trsebut ada kulat.....untuk mndekati kucing/mngusap/mmeluk kucing tidak mnjadi masalah lbh2 lg jika kucing dbela dlm rumah
Boleh rujuk google pregnancy and cats

Anonymous
July 3, 2014 at 10:26 AM

Kucing mmg la bkn najis. Tp taik kucing kencing kucing sepah2 dlm umah ko kompom la najis..

Anonymous
July 3, 2014 at 3:07 PM

Apa apa taik pun kompom najis

July 3, 2014 at 8:02 PM

Sah solat kerana bulu kucing bukan bangkai sekaligus bukan najis

July 3, 2014 at 8:07 PM

Betul ianya sejenis protozoa dipanggil toxoplasmosis gondii yg ada didlm najis kucing. Ianya berjangkit sekiranya tidak mencuci tangan dengan betul alps membersihkan bekas najis kucing. Toxo ini boleh membiak di dlm darah manusia pergi ke otak, mata dll n bertelur di situ. Dikuatiri anak di dlm kandungan mendpt masalah mental, buta dll kerana kehadiran telur ini..

July 3, 2014 at 8:09 PM

Kita berbicara soal bulu kucing bukan najis kucing. Najis tetap najis. Yg nabi maksudkn kucing itu dah anggota badannya bukan hasil kumuhnya (najis).

Anonymous
July 4, 2014 at 6:26 AM

Maaf bertanya... bgaimana pula dengan rmbut mnusia yg gugur setahu saya mnjadi najis jika mlekat di baju.. mhon pencerahan

Anonymous
July 6, 2014 at 5:40 AM

Confirm kau ni najis

Anonymous
July 6, 2014 at 7:49 AM

Teringat saya 1 pertanyaan di majlis ilmu - setelah ambil wuduk, kita terkena najis manusia, apakah sah wuduk itu? Jwpnya sah krn najis kita bkn najis berat. Hanya perlu dibasuh tempat yg terkena najis tu.. Jd jgn la kita memandang berat sesuatu yg telah terang2 menjadi amalan Rasulullah yg sayangkn kucing. Setiap hidupan spt pokok dan haiwan itu berzikir memuji Allah.

Saya tak faham dgn sikap seorang hamba Allah yg senang2 menghukum hamba Allah yg lain itu sebagai najis. MasyaAllah..

Anonymous
July 6, 2014 at 2:59 PM

Bulu haiwan yang tidak halal dimakan adalah najis.

Walaupun sah solat... kelonggaran pada bulu kucing itu ada nas lain.

Anonymous
July 7, 2014 at 12:17 PM

Bagaimana pula jika mempunyai kucing yg kebelakangan ini malas menjilat (membersihkan) duburnya? Kadangkala terterlihat masih ada kesan tahi. Adik saya mempunyai kucing. Kucing beliau sering diletakkan di dalam kandang. Beliau akar mengeluarkannya bebas sekeliling rumah hanya selepas memandikan kucing itu kerana khuatir terdapat bekas najis di duburnya. Amat khuatir jika kucing itu lalu diruang solat. Pada senario begini, najis tak tu kucing?

Anonymous
July 7, 2014 at 2:11 PM

wuduk mmg sah tapi solat tak sah. die kan najis mutawasittah. kene betol2 bersih tempat yang kene smpai takde warna bau dan rasa. Allahualam

July 9, 2014 at 11:06 AM

Bulu jembut awak pun same.... Jadi awak sembayang satu cent taksah.....hahahahaha

July 9, 2014 at 11:11 AM

Haha ape kate awak botak kan rambut...pasal rambut awak nice najis.....

Anonymous
July 10, 2014 at 9:26 AM

hahahaha good one

Anonymous
October 16, 2014 at 8:51 PM

Subhanallah..... tuan admin.. Perkongsian ilmu yang hebat.

Kepada mana-mana rakan yang bertanya masalah bulu kucing gugur ke, merata-rata ke, di lantai ke, di meja ke... senang saja..
Anda kenalah mengambil penyapu dan sapu. Bersihkan tempat anda dari bulu kucing seperti mana anda menyapu habuk-habuk.

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger