Home » » ISRAEL SEKARANG KETAKUTAN BERSAMA-SAMA KUDETA MESIR

ISRAEL SEKARANG KETAKUTAN BERSAMA-SAMA KUDETA MESIR

Written By Unknown on Monday, August 19, 2013 | 6:46 PM




Penulis Akhbar Israel 'Haaretz', Yossi Melman berkata bahawa kebimbangan utama Israel adalah kejatuhan rejim As-Sisi di Mesir. Tambahan lagi, Israel takut jika kekacauan sekarang boleh membawa kepada perang saudara.

Melman menjelaskan bawah Israel tidak kisah terhadap pembangunan dan kemerdekaan Mesir, tetapi berkata 'ia boleh menyebabkan perjanjian damai selama 30 tahun di sempadan Mesir menjadi tidak relevan'

Dalam artikel di Jerusalem Post, Melman menulis: 'kebimbangan utama Israel mengenai Mesir adalah kejatuhan rejim tentera atau perang saudara'.

Melman menambah bahawa, jika perjanjian 30 tahun itu dibatalkan, Israel perlu lebih berhati-hati melindungi sempadan mereka. "Sama ada dari sudut diplomatik atau militari, Israel mengikuti perkembangan Mesir dengan ketakutan yang tersembunyi, seolah-olah tiada siapa mengetahui ketakutan mereka itu, kerana mereka sedar mereka tidak banyak yang mereka mampu lakukan"

Oleh itu, Melman berkata, "Israel sekarang terlibat dalam beberapa lobi diplomatik, terutamanya di Washington dan beberapa negara Eropah, untuk memujuk mereka supaya tingkatkan kecaman dari tentera Mesir kepada penunjuk perasaan pro-ikhwan *(1) dari jalan-jalan di Cairo dan di bandar lain.

Dia terus menambah, "kerana mereka menggulingkan Mursi enam minggu lepas, Israel diam-diam mengadakan hubungan diplomatik berat, terutamanya US, supaya tidak menggelarkan penggulingan
sebagai 'massacre'.

Jika dipanggil sebagai massacre, ia akan melemahkan kerajaan rejim tentera Mesir sekarang dan menguatkan kehendak Ikhwan Muslimin untuk meneruskan dasar 'brinkmanship', iaini sejenis dasar politik yang mana polisi akan digunakan sehingga limit dicapai sebelum berhenti.

Melman menegaskan, kebanyakan negara Eropah menyokong rampasan kuasa tentera. 'Militari Mesir sekarang berseronok dengan sokongan rakyat Mesir'. [Ph]

sumber: mom.com

*rujuk post berikut: KLIK
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger