Home » » DULU DIA HINA ISLAM TAPI SEKARANG?

DULU DIA HINA ISLAM TAPI SEKARANG?

Written By Unknown on Monday, April 22, 2013 | 10:28 PM



Anda kenal siapakah lelaki yang sedang solat di dalam Raudhah as-Syareefah bersebelahan Mimbar Nabawi itu?

Beliau ialah ahli politik Belanda yang pernah mengeluarkan filem "Fitna" yang memfitnah dan memburukkan Islam sekitar 2 tahun lalu. Alhamdulillah beliau telah memeluk Islam dan meletakkan jawatan sebagai ahli politik.

Perkara yang menyebabkan beliau memeluk Islam ialah apabila beliau bercadang untuk mengeluarkan sebuah lagi filem memburukkan Islam bersumberkan dari kitab-kitab karangan orang Islam sendiri. Sebaik sahaja beliau membaca kitab-kitab tersebut, gambaran beliau terhadap Islam seperti yang disebarkan media barat berubah sama sekali dengan hidayah Allah.

Ujar beliau: Aku menyesal kerana sepanjang 47 tahun umurku tidak pernah mengenali Islam.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 26, 2013 at 11:02 AM

Tak kenal maka tak cinta.

Anonymous
July 23, 2013 at 6:59 PM

Pasangan bukan Islam yang ditahan baru-baru ni kerana dituduh hina Islam juga berpotensi menjadi pasangan Muslim yang baik jika permohonan MAAF mereka diterima dengan sangkaan yang baik. Bukankah orang Islam disuruh banyak bersabar dan bertindak dengan penuh hikmah ?

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger