Home » , » SYUHADA PALESTIN DI SYRIA MENINGKAT KEPADA 855

SYUHADA PALESTIN DI SYRIA MENINGKAT KEPADA 855

Written By Unknown on Monday, January 7, 2013 | 1:40 AM

4 Januari 2013 - DAMSYIK, (PIC)-- Jumlah syuhada Palestin di kem pelarian di Syria telah meningkat skepada 855 sejak bermulanyan konflik di antara tentera rasmi dan tentera bebas, sementara pengeboman dan kepungan di kem pelarian warga Palestin Yarmuk di Damsyik berterusan.


Menurut kumpulan pekerja antarabangsa bagi pelarian Palestin di Syria, jumlah keseluruhan syuhada Palestin di Syria sejak bermulanya revolusi Syria sehingga ke hari ini ialah 855. 

Kem pelarian Yarmuk terdedah kepada tembakan dan pengeboman hebat oleh tentera Syria yang taat kepada rejim Syria, menyebabkan kerosakan yang besar.

Jawatankuasa penyelaras kem pelarian Yarmuk menyatakan tentera rejim yang berpengkalan di berek Sufian al-Thawri di kejiranan Ka'an, menembak berdozen-dozen mortar ke arah kem palarian Yarmuk untuk hari kedua berturut-turut. 

Dalam perkembangan lain, sumber media mengesahkan bahawa tentera Israel mula membina "tembok keselamatan" baru di sepanjang kawasan sempadan di antara jajahan Golan dan wilayah Syria yang selebihnya.

Sumber tersebut mengatakan Kementerian Perang Israel meminta pembinaan tembok keselamatan disiapkan sebelum rejim Assad dijatuhkan, menjangka kemungkinan serangan ke atas entiti Israil dari wiayah Syria.

Tembok keselamatan akan dimulakan dari kawasan "Hamma" ke Quneitra melintasi utara jajahan Golan.

Dimaklumkan bahawa dengan pembinaan tembok keselamatan di sempadan Syria dan diikuti Jordan bermakna pihak berkuasa penjajah akan mula terasing di kawasan yang tertutup dari semua sisi kecuali tepi laut.

Pihak berkuasa Israil telah membina pagar di sepanjang sempadannya dengan Mesir sebagai tambahan kepada pagar elektronik di sempadannya dengan Gaza. Mereka baru-baru ini memulakan pembinaan pagar di sekeliling wilayah jajahan Golan Syria. Terdapat juga pagar keselamatan di sepanjang sempadannya dengan Lubnan selain tembok penghadang konkrit di Tebing Barat.

Sumber: The Palestinian Information Center   |   Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger