Home » , , » "SAYA MENJANGKAU USIA 87 TAHUN, BEBERAPA HARI LAGI SAYA AKAN 'PERGI" - SYEIKH QARDHAWI

"SAYA MENJANGKAU USIA 87 TAHUN, BEBERAPA HARI LAGI SAYA AKAN 'PERGI" - SYEIKH QARDHAWI

Written By Unknown on Saturday, December 29, 2012 | 6:40 PM



Khutbah Syeikh Yusuf Qardhawi hari ini merupakan yang terakhir bagi tahun 2012 dan kedua dalam tempoh dua bulan. Kementerian Wakaf Mesir telah mengkhususkan mimbar Masjid Al-Azhar kepada beliau setiap bulan bagi menyampaikan ilmu yang telah didahagakan oleh sekalian umat Islam khasnya di Mesir yang disekat menyebarkan dakwah lebih 30 tahun lalu.

Sekalipun Syeikh Qardhawi menjangkau usia hampir 90 tahun tetapi kelantangan dan kepetahannya berhujah seperti usia di awal 30-an dan ditambah ingatannya yang kuat membuatkan setiap kalimah yang dilontarkan dinanti-nantikan oleh pendengar.

Agak malang, jumlah mereka yang hadir di Masjid Al-Azhar hari ini berkurangan berbanding Jumaat pertama beliau menyampaikan khutbah sebulan lalu.

Khutbah Syiekh Qardhawi hari ini berkisar kepada dua topik utama; khutbah pertama menyeru kesatuan ummat khasnya di Mesir selepas Revolusi 25 Januari dan khutbah kedua berkaitan konflik di Syria.

Dalam khutbah pertama, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Mesir untuk bersatu sepertimana yang dilakukan mereka di Tahrir bagi menumbangkan rejim Mubarak. "Saya melihat sendiri bagaimana seorang Kristian tolong mencurahkan air untuk saudara Islamnya untuk berwudhuk di Tahrir."

Apa yang menyentuh perasaan para pendengar ialah apabila beliau berkata, "Saya telah menjangkau usia 87 tahun, beberapa hari lagi saya akan pergi (meninggalkan dunia ini), akan tetapi saya menyeru kepada rakyat Mesir dan umat Islam untuk bersatu.."

Berkaitan konflik di Syria, beliau penuh yakin bantuan Allah kepada rakyat Syria terlalu hampir. Beliau turut mengecam Russia dan Iran yang terus-terang bersekongkol dengan rejim Basyar yang membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua tanpa belas kasihan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger