Home » » INFOGRAFIK KESESATAN SYIAH

INFOGRAFIK KESESATAN SYIAH

Written By Unknown on Tuesday, November 13, 2012 | 3:54 AM

Infographic Kesesatan Syiah, klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

semoga kita dan sanak saudara dihindarkan dari terjebak ke dalam kesesatan mereka :

1. Aqidah Syirik Dengan Allah
Muhammad bin Yaaqub Al Kulayni meriwayatkan dalam Usul al-Kafi daripada Abi Abdillah dan berkata,

“Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam, dia boleh meletakkannya di mana dikehendakinya dan memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran daripadapihak Allah kepadanya

(‘al-Kafi J.1 Hal.409, Bab Dunia ini semuanya kepunyaan Imam).

2. Aqidah bahawa Al-Quran tidak sempurna.

Al-Quran yang ada dalam tangan umat Islam hari ini sudah diubah, di tokok tambah dan di selewengkan.

3. Aqidah Al-lmamah dan Al-Walayah,

iaitu kepercayaan bahawa imam-imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah ma'sum(tidak buat dosa) serta wajib dita'ati.

4. Aqidah Takfir al-Sahabah,
Akidah yang mengkafirkan kebanyakan para sahabat dan menganggap mereka telah murtad setelah wafatnya baginda Rasulullah s.a.w. kecuali beberapa sahabat sahaja.

5. Aqidah al-Raj'ah,
Aqidah dan kepercayaan Syiah bahwa imam mereka akan dibangkitkan sebelum qiamat untuk menuntut bela(membalas dendam) dan menghukum orang-orang yang kononnya zalim yang telah merampas hak-hak mereka yang dikatakan terdiri daripada kalangan sahabat dan ahli Sunnah.

6. Perkahwinan mut'ah,
Perkahwinan yang tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan, la boleh dilakukan antara seorang perempuan dengan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan
perempuan pelacur sekalipun dan bilangan mereka tiada had (boleh lebih 4) - Khomeini

(Tahdhib Al-Ahkam, J.7 hal 254; An-Nihayah, hal 489)

7. "Taqiyyah".
Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di zaman dahulu tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka Al-Imam Asy-Syafie berkata, "Tidak pemah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong daripada golongan Syiah".

8. Menyifatkan Allah memiliki sifat al-Bada'
Bererti jahil, tidak mempunyai ilmu yang meliputi atau cukup tentang suatu kejadian yang berlaku. Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan Al-Bada'.

9. Mempercayai selain Syiah merupakan taraf yang hina.
Al-Kulaini meriwayatkan dalam Al-Kafi bahawa "manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita".

“Mereka (Nasibi atau Ahli Sunnah) lebih jelek daripada anak zina, sesungguhnya Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina daripada anjing tetapi Nasibi adalah lebih hina daripadanya lagi.” (Haqq al-Yaqin, J.2 hal 536).

At-Tusi meriwayatkan daripada Abu Abdillah, kata beliau “ambillah harta Nasibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami.”

(Tahdhib al-Ahkam, J.2 hal. 48)

@Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger