Home » , » HUBUNGAN BAIK NENANTU, MENTUA PERKUKUH RUMAHTANGGA

HUBUNGAN BAIK NENANTU, MENTUA PERKUKUH RUMAHTANGGA

Written By amirulyaacob on Sunday, September 2, 2012 | 12:22 AM

Kehidupan sejahtera yang dilimpahi berkat dan kebahagiaan sentiasa diimpikan setiap pasangan suami isteri. Banyak usaha yang digembleng dan diambil demi memperkukuh hubungan baik dalam kehidupan berumahtangga.

Dalam membina alam rumah tangga yang bahagia, bukan saja aspek hubungan suami isteri dan anak-anak perlu dititikberatkan, malah hubungan dengan mentua juga perlu dijaga. Sebagai menantu, seseorang itu dikehendaki menghormati dan menyayangi mentuanya seperti mana dia mencintai orang tuanya sendiri.

Amru bin al-Asy sempat bertanya Baginda. Tanya Amru: 
“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang tuan cintai?” Lalu Baginda menjawab: “Aisyah”. Amru bertanya lagi: “Sekiranya dalam kalangan lelaki?” Baginda pun berkata, “Ayahnya”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hakikat ini jelas ditunjukkan Rasulullah SAW sendiri kepada kita bagaimana membina satu hubungan erat antara menantu dengan mentua. Misalnya kita mengambil contoh dalam kehidupan Baginda.

Diriwayatkan bahawa ketika Baginda berangkat memimpin pasukan tentera ke Dzatul Salasil, sahabat Baginda, Amru bin al-Asy sempat bertanya Baginda. Tanya Amru: 
“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang tuan cintai?” Lalu Baginda menjawab: “Aisyah”. Amru bertanya lagi: “Sekiranya dalam kalangan lelaki?” Baginda pun berkata, “Ayahnya”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apakah yang dapat kita fahami dengan petikan dialog antara Rasulullah SAW dan Amru itu tadi? Di sini jelas memberikan pengajaran kepada kita bahawa Rasulullah SAW bukan saja menyintai isterinya Aisyah tetapi juga ayahnya, Saidina Abu Bakar sebagai mentua Baginda.

Amal sifat hormat-menghormati

Demikian peribadi Rasulullah SAW terhadap mentua Baginda yang saling hormat-menghormati sehingga membuahkan kehidupan rumah tangga yang ceria dan bahagia.

Demikian juga pihak mentua, sikap membezakan antara menantu atas dasar kedudukan dan harta benda tidak sewajarnya diamalkan kerana situasi itu boleh memporak-perandakan alam rumah tangga anak.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada menunjukkan cara melayan semua menantu dengan sikap yang adil dan menerima seadanya kedudukan seseorang menantu kita.

Adil dan menerima seadanya

Baginda mempunyai tiga menantu yang keadaan hidup mereka berbeza-beza. Abu ‘Ash bin Rabi’, suami Zainab adalah peniaga yang jujur dan beramanah. Dikatakan menantu Baginda ini adalah seorang usahawan yang terkenal dengan kemahiran menguruskan modal orang lain sehingga masyarakat yakin dan sangat percaya kepadanya.

Uthman bin Affan pula suami kepada Ruqayyah dan Ummu Kalthum selepas kakaknya itu meninggal dunia, terkenal sebagai usahawan yang kaya-raya.

Saidina Ali bin Abi Talib iaitu suami kepada Fatimah pula seorang yang miskin kedudukannya, tetapi hebat dalam ilmu pengetahuan. Di sini kita dapat lihat bagaimana kedudukan ketiga-tiga menantu Rasulullah SAW itu dari segi status sosialnya.

Pun demikian, Rasulullah SAW sebagai mentua tidak sekali-kali membezakan layanan terhadap anak menantu, kerana Baginda mengikat mereka dengan ketebalan roh Islam.

Baginda tidak pernah menyuruh mereka itu bersaing dalam aspek keduniaan dengan mengejar kekayaan, sebaliknya Baginda mengajak anak menantunya berlumba-lumba mencari keredaan Allah dengan memperbanyakkan amal dan jihad.

Prihatin nasib anak, menantu

Malah, sikap Baginda sebagai mentua begitu prihatin terhadap nasib dan keadaan semasa yang dihadapi oleh anak menantunya. Contohnya, ketika pasukan tentera Islam ingin berangkat ke perang Badar, menantu Baginda, Uthman bin Affan tidak diajak pergi bersama pasukan kerana Baginda ingin beliau berada di samping isterinya, Ruqayyah yang sakit.

Kata Baginda kepada menantunya: 
“Tunggu saja isterimu. Kamu tetap mendapat pahala orang syahid yang menghunus tombak di medan perang.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Kisah berkenaan boleh menjadi contoh teladan dalam membina hubungan baik menantu dan mentua yang harmoni.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger