Home » , » PETUA IMAM GHAZALI MENCARI LAILATUL QADAR

PETUA IMAM GHAZALI MENCARI LAILATUL QADAR

Written By amirulyaacob on Saturday, August 11, 2012 | 6:12 AM

Masa terlalu pantas berlalu, sedar tak sedar kita sudah berada di hari kesepuluh terakhir ramadhan. Kita mohon kepada Allah s.w.t. agar kita dapat menempuh hari-hari terakhir ramadhan ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keampunan dari-Nya. Seperti yang telah diketahui oleh seluruh muslimin bahawa di malam sepuluh terakhir akan berlakunya laitul qadar.

Saya tidak berhasrat untuk membincangkan berkenaan fadhilat atau kelebihan malam tersebut di kali ini tetapi hanya ingin berkongsi petua bagaimana kita boleh mencari lailatul qadar. Saya bawakan di sini petua yang diajar oleh Imam Al-Ghazali bagaimana perkiraan yang boleh dibuat untuk mendapatkan malam tersebut.

Dalam mengerjakan ibadat dalam bulan ramadhan, sudah tentunya kita akan sentiasa tertunggu-tunggu 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir iaitu hari ganjil bulan ramadhan. Adakah malam lailatul qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha sahaja akan merasai nikmat beribadat di malam lailatul qadar. Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
  1. Ahad atau Rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan.
  2. Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan.
  3. Selasa atau Jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan.
  4. Khamis – malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan.
  5. Sabtu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan.

 Kata Sheikh Abu Hassan bahawa sejak mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah kita beribadat pada malam yang tertentu sahaja. Hanya dengan rahmat dan izin Allah s.w.t. sahaja yang dapat menemukan kita dengan lailatul qadar.

Di antara tanda-tanda malam qadar ialah:
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
  • Siangnya cahaya matahari warnanya seperti bulan penuh.
  • Pada malam itu mungkin kita akan tiba-tiba rasa sangat sayu dan mudah mengalirkan air mata.

Apa yang lebih penting ialah kita penuhkan setiap malam ramadhan dengan amalan soleh. Jangan hanya mencari tanda tetapi ikhlaskan hati serta bersungguh-sungguh melakukan ibadah untuk mendapat rahmat serta keampunan dari Allah s.w.t.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger