Home » » MACAM MANA? LAWAK KER?

MACAM MANA? LAWAK KER?

Written By amirulyaacob on Sunday, July 29, 2012 | 10:31 AM

Cuba kalian bayangkan situasi ini berlaku pada kalian..

Pada suatu hari waktu Solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah menghadiri solat Jumaat, tiba-tiba masuk dua lelaki yang menutup seluruh tubuhnya dengan pakainan hittam dan bertopeng beserta senjata api. Lalu lelaki terbabit bertempik "sesiapa yang sanggup mati kerana Allah sila berdiri ditempat masing-masing" tegas.

Selepas mendengar amaran lelaki itu, maka jemaah bertempiaran lari untuk selamatkan diri masing-masing. Daripada 1000 jemaah tinggal 20 saja yang masih berdiri di tikar sejadah. Termasuk pak Imam tu. Lelaki terbabit segera embuka topengnya lalu berkata kepada pak Imam itu "Ok, pak Imam boleh teruskan solat, kami dah halau semua yang hipokrit," lalu dua lelaki itu turut bersama pak Imam dan jemaah yang lain menunaikan solat Jumaat.

macam mana? lawak ke? atau....

tapi cuba fikirkan, dari yang 1000 jemaah kata mengaku beriman kepada Allah, tetapi cuma tinggal 20 orang sahaja yang benar-benar sanggup mati kerana Allah.

Lawakkan, berapa ramai manusia yang mudah lupa pada Allah bila dalam situasi bahaya seperti itu, dua lelaki hanya bawa senjata api saja, dia tak kata nak bunuh mereka semua,.. tapi generasi sekarang amat la lemah, baRu diugut dah kecut perut. lari lintang pukang.

Ada lagi yang lawak, sembahyang seminggu sekali, itu pun hari Jumaat, ish teruk betul.

Ada yang percaya gosip-gosip dari yang tercatit dalam Ayat al-Qur'an.
Berapa ramai manusia percaya hidup di dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi, tetapi masih mengejar kehidupan dunia.

Ada yang lagi lawak, boleh bersembang, berbual, bercakap dan bergurau senda dengan kekasih berjam-jam, tapi bila waktu berdoa, tak sampai 2 minit pun.

Sanggup lagi sebar bahan yang jenaka dan porno (lucah) dari sebarkan artikel yang berunsurkan Islamik.

Lawakkan?

kenapa gelak? itu kan realiti hidup.

sebar-sebarkanlah...
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger