Home » » PADAMKAN API ITU...

PADAMKAN API ITU...

Written By Mohd Amirul on Thursday, January 5, 2012 | 12:35 AM




Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim AS, ketika mana baginda sedang dibakar oleh Namrud, seekor burung layang layang yang menyaksikan peristiwa itu lalu terus terbang mencari air dan disedutnya. Air tersebut lalu dilepaskan ke atas unggun api itu. Perbuatan burung layang-layang itu diulangnya berkali kali sehinggalah Nabi Ibrahim dikeluarkan daripada api. Perbuatan burung itu diperhatikan oleh seekor burung yang lain. Lantas burung yang kehairanan itu bertanya.

 “Wahai layang layang, mengapakah kamu lakukan perbuatan siraman air tadi? Kamu sedia tahu bahawa air yang sedikit itu tidak mampu membuat apa-apa terhadap unggun api yang besar itu, bukan?”

Jawab layang layang, “ Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh aku. Aku burung yang kerdil dan upayaku pula  terlalu kecil. Tapi aku mesti berusaha membantu Ibrahim. Agar di hadapan Allah kelak aku tidak akan dipertanggungjawabkan kerana tidak berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman. Aku takut dengan pembalasan Allah jika membiarkan saja kezaliman berlaku di depan mata tanpa berbuat apa-apa!”.
Share this article :

+ comments + 1 comments

January 6, 2012 at 9:54 PM

kisah pendek yang penuh dengan teladan, sesuatu yang kita lakukan dengan ikhlas tentu akan berhasil. dan kita juga tidak boleh berpeluk tubuh melihat kezaliman

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger