Home » » SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM ?

SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM ?

Written By Mohd Amirul on Sunday, December 25, 2011 | 12:19 PM

Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel. 

AI-Allahamah AI-Alusy berkata: “Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa beliau hidup di zaman Nabi Daud a.s.” Katanya lagi: “Orang juga berselisih pendapat, adakah beliau seorang yang merdeka atau seorang hamba ? Kebanyakan pihak mengatakan beliau adalah seorang hamba Habsyi”

Dipetik dari Ibnu ‘Abbas katanya: “Luqman bukanlah seorang nabi mahu pun raja tetapi beliau hanyalah seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Lalu Allah telah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia redha dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman. Maka kerana itu, kisah ini diceritakan di dalam AI-Qur’an agar kita semua dapat mengambil pedoman dan berpegang dengan wasiat-wasiatnya.”

Ibnu Kathir berkata: ‘Ulama’ salaf berselisih pendapat tentang diri Luqman; adakah dia seorang nabi atau pun seorang hamba yang soleh tanpa taraf kenabian? Di antara dua pendapat ini, kebanyakan mereka berpegang dengan pendapat yang kedua.’

Para ulama’ semuanya sepakat mengatakan Luqman itu seorang bertaraf wali dan Ahli Hikmah (bijak bistari), bukan seorang nabi, kerana lafaz hikmah dalam ayat di atas dimaknakan ‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih antara Hikmah (kebijaksanaan) dengan Nubuwwah (kenabian), dipilihnya Hikmah. Di an tara para ulama’ tersebut ialah seperti Mujahid, Sa’id bin AI-Musayyab dan Ibnu Abbas. Wallahu A’lam.”

Ibnu Kathir ada menyebutkan di dalam kitab sejarahnya: “Beliau ialah Luqman bin Unqaa’ bin Sadam.” Diceritakan dari As­ Suhaili, dari Ibnu Jarir dan AI-Qutaibi: “Beliau ialah Luqman bin Tharan”

Dikatakan bahawa beliau ialah anak kepada AI- Baura’. Ibnu Ishaq ada menyebutkan beliau ialah Luqman bin AI Baura’ bin Tarikh iaitu Aazar Abu Ibrahim AI-Khalil.

Adalah diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak tidak mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Kerana saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan memelihara saya.”

Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi Hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan tersalah pulan jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”

Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan Hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu.

Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh Hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi: “Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”

Ada juga diriwayatkan bahawa Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang, iaitu: Bilal bin Robah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab) dan Luqman al-Hakim. Orang yang ke empat pula ialah an-Najasyi (Raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi Muhammad s.a.w.)

bnu Qutaibah berkata: “Luqman adalah seorang hamba Habsyi kepada seorang lelaki dari kalangan bani Israil. Kemudian beliau dibebaskan dan diberikannya harta.”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dia telah berkata: Rasullullah s.a.w. pernah bersabda:

“Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman? “Mereka pun menjawab: “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.” Baginda bersabda: “Dia adalah seorang Habsyi.” Pendapat yang mengatakan dia adalah seorang habsyi, adalah dari lbnu Abbas dan Mujahid.

As-Suhaili berkata: “Luqman adalah Naubah dari penduduk Ielah ( Sebuah bandar di tepi laut merah )” Demikian juga dipetik oleh Qatadah, dari Abdullah bin Az-Zubair: Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: “Apakah cerita terakhir yang sampai kepadamu tentang perihal diri Luqman? “J abir menjawab: “Dia adalah seorang yang pendek, pesek hidungnya dari keturunan Naubah.” lanya juga sebagaimana yang disebutkan dari Sa’id bin AI­ Musayyab, katanya: “Luqman adalah dari Sudan, Mesir.”

AI-Hassan AI-Basri pula berkata: “Luqman telah membina sebuah singgahsana di Ramlah, Syam. Pada masa itu, tempat tersebut masih lagi belum dibangunkan. Dia berada di sana sehinggalah Ian jut usianya dan meninggal dunia.”

Ibrahim bin Adham berkata: “Aku telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara Masjid Ar-Ramlah dan tempat didirikan pasar pada hari ini.Di tempat tersebut terdapat 70 kubur nabi-nabi  sebelum Luqman.

Dilaporkan, bahawa Luqman adalah seorang mufti sebelum Nabi Daud a.s dibangkitkan. Apabila baginda diutuskan kepada umatnya, Luqman berhenti dari memberikan fatwa. Ada orang bertanyakan; padanya tentang hal itu lalu dia pun berkata: “Adakah aku tidak mahu berhenti apabila aku telah merasa cukup?!! “

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Mujahid: “Beliau adalah seorang Qadhi di kalangan kaum bani Israil di zaman Nabi Daud a.s”
 
Demikianlah siapa itu Luqmanal Hakim. Tidak kira siapapun dia, yang penting beliau adalah seorang yang mempunyai hikmah kebijaksanaan. Kata-katanya diberkati Allah dan dirakamkan didalam Al Quran.

Dipetik dari tulisan Muhammad Khair Ramadhan Yusuf dalam bukunya Lukman al Hakim
Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
March 30, 2013 at 9:44 PM

dalam buku tajuk "Alexander adalah Zulqarnain" disebut bahawa Luqman itu adalah ahli falsafah greek iaitu Socrates.

Anonymous
March 30, 2013 at 9:48 PM

hikmat itu juga berarti falsafah

Anonymous
February 13, 2014 at 7:50 AM

Siapa Loqman? Cuba baca buku: “LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATES BERKULIT HITAM” karya anak bangsa Wisnu Sasongko dengan nama pena Muhammad Alexander, Dosen Unibraw, Malang, Jawa Timur.

Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).
Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.
Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
Pertama – Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam dan bekas hamba abdi
Kedua – Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.
Kandungan Isi buku:
. Pendahuluan
. Terjemahan Surah Luqman
. Sejarah Hidup Socrates dan Falsafahnya
. Garis Masa Yunani kuno
. Socrates Berkulit Gelap Keturunan Afrika di Yunani
. Socrates adalah Hamba kepada Alcibiades
. Socrates Ahli Hikmah dan Pencari Hikmah
. Socrates Mengajar Manusia supaya Bersyukur kepada Allah dengan Cara Mengenali Diri Sendiri dan Sembahyang
. Nasihat Socrates supaya Tidak Menyekutukan Allah
. Socrates Berpesan supaya Lamprocles (Anaknya) Berbakti kepada Ibu Bapa
. Socrates Percaya Tuhan akan Membalas Semua Perbuatan Manusia
. Socrates Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kejahatan
. Kesabaran dan Kawalan Diri Socrates
. Usah Sombong
. Socrates Mengajak Hidup Bersederhana
. Tuhan Memudahkan Segala-Galanya untuk Manusia
. Socrates Dihukum Mati Menelan Racun sehingga Digelar “Luqman”
. Mencari Maksud Kata Nama Socrates dan Luqman
. Menuju Pemurnian Falsafah Socrates
. Kesimpulan: Socrates (469-399 SM) adalah Luqmanul Hakim dalam Sejarah

Buku & versi ebook boleh dibeli di sini: http://pts.com.my/buku/luqmanul-hakim-adalah-socrates-berkulit-hitam/

Anonymous
September 20, 2016 at 1:17 AM

Dalam buku LUQMAN HAKIM ADALAH SOCRATES BERKULIT HITAM, penulis buku ini sekali lagi membuat penemuan yang menggemparkan dunia ilmu agama dan sejarah. Sarat dengan kajian ilmiah dan penelitian fakta sejarah, buku ini berjaya membuktikan bahawa Socrates adalah Luqman Al-Hakim.
Namun, tiada siapa yang menyangka, Socrates adalah bekas hamba abdi yang berkulit hitam. Socrates yang selama ini dikenali sebagai bapa falsafah barat sering digambarkan sebagai berkulit putih. Sejarah sebenar mengenai Socrates yang telah diubah dan diselewengkan berjaya dimurnikan oleh penulis. Pembuktian bahawa Socrates adalah Luqman Al-Hakim bukan sahaja didasari oleh fakta sejarah, tetapi turut disokong oleh aspek bahasa dan sastera.
Persamaan yang paling jelas sehingga terbuktinya Socrates sememangnya Luqman Al-Hakim adalah pada ajaran yang mereka bawa. Sumber yang sahih mengenai Socrates jelas menunjukkan, Socrates juga percaya kepada konsep monoteisme, iaitu ketuhanan yang satu seperti ajaran Islam yang dipegang oleh Luqman Al-Hakim. Disebabkan perkara ini, Socrates, dihukum mati oleh pemerintah pada zamannya kerana didakwa membawa ajaran yang boleh merosakkan pemikiran anak muda. Socrates dihukum meminum racun yang dikenali sebagai “laqmaan”. Lama-kelamaan, gelaran laqmaan melekat kepada Socrates sehinggalah beliau dikenali sebagai Luqman Al-Hakim sahaja. Al-Hakim pula merujuk kepada kebijaksanaan Socrates.
Penulis juga berjaya membuktikan persamaan fizikal antara Socrates dan Luqman Al-Hakim. Buku-buku tulisan Plato, anak murid Socrates ada menerangkan tentang fizikal Socrates yang berkulit hitam, berhidung pesek, berbibir tebal, dan bertangan lebar. Socrates juga adalah bekas hamba abdi yang dimerdekakan oleh tuannya. Luqman Al-Hakim juga dinyatakan dalam sebuah hadis sebagai hamba yang berkulit hitam. Inilah persamaan yang membuktikan Socrates adalah Luqman Al-Hakim.
Dalam buku ini juga, penulis membuktikan yang Socrates dan Luqman Al-Hakim hidup pada zaman yang sama, merujuk kepada kedua-dua sumber barat dan Islam. Terdapat beberapa bukti lagi yang jelas membuktikan Socrates adalah Luqman Al-Hakim. Melalui kajian yang mendalam serta menyeluruh daripada pelbagai sumber dan aspek, bukti-bukti yang dibentang oleh penulis tidak dapat disangkalkan lagi. Kaedah kajian yang digunakan oleh penulis juga diterangkan supaya membaca betul-betul memahami perbahasan yang ingin dikemukakan.
Sebagaimana buku “Alexander adalah Zulkarnain”, buku ini pastinya dapat memberikan kepuasan intelektual kepada para pembaca. Bukti-buktinya akan memberikan keyakinan untuk kita menilai sendiri dan mempercaya Socrates adalah Luqman Al-Hakim. Faktanya jelas, bukan didasari oleh andaian semata-mata. Itulah kelebihan mana-mana buku yang ditulis oleh Muhammad Alexander, atau nama sebenarnya Wisnu Sasongko.
Sila baca sendiri : )

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger