Home » » IBNU AL-HAITSAM

IBNU AL-HAITSAM

Written By Mohd Amirul on Thursday, November 17, 2011 | 8:10 PM

Al-Hasan bin al-Haitsam merupakan salah seorang ilmuwan Muslim terkemuka dan memiliki prestasi yang cukup tinggi di antara para ilmuwan di bidang ilmu pengetahuan. Bagaimanapun, agak dikesalkan bahawa beliau tidak mendapatkan haknya; namanya terkubur dan tidak mendapatkan kedudukan yang selayaknya walhal beliau memiliki keunggulan dan ketrampilan cukup hebat yang tidak difahami oleh para ahli sejarah peradaban Islam dan penulis buku-buku sejarah.

Justeru itu, beliau dua kali dizalimi; dizalimi oleh generasi Muslim sendiri, dan yang lebih parah beliau dizalimi oleh para ilmuwan dan sejarawan Barat yang telah merampas kekayaan intelektualnya, kerana namanya diganti dengan nama mereka. Dengan demikian, beliau telah diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya di antara para ilmuwan sepanjang sejarah.

Nama sebenar beliau ialah Abu Al-Hassan bin Al-Haitsam. Beliau dikenal dengan panggilan Al-Basri. Beliau dilahirkan pada tahun 354 H (965 M) di kota Basrah, Iraq. Beliau meninggal dunia pada tahun 430 H (1039 M) di Kaherah.

Beliau pertama kali belajar ilmu di Basrah, kemudian di Baghdad. Di Baghdad, beliau mendalami ilmu-ilmu berkaitan dunia Arab dan agama. Selain itu, beliau juga mendalami ilmu matematik, astronomi, kedoktoran, dan falsafah. Pada usia 30 tahun, beliau berkunjung ke Mesir atas undangan Khalifah Dinasti Fatimiyah, Al-Hakim Biamrillah.

Beliau menghabiskan sebahagian besar waktunya di Kaherah. Di kota inilah beliau banyak menjalankan kajian yang berkaitan dengan bidangnya dan menulis banyak buku. Beliau menjalani hidup di Kaherah dalam keadaan sederhana dan tawaduk, yang mana beliau hanya tinggal di sebuah bilik berhampiran pintu gerbang Masjid Al-Azhar.

Ibnu al-Haitsam hidup pada zaman tiga ilmuwan besar, iaitu Al-Karkhi, Al-Biruni, dan Ibnu Sina. Ini memang suatu peristiwa yang ‘istimewa’, di mana pada satu masa atau zaman terdapat empat orang ilmuwan Muslim terkemuka.

Secara khusus, Ibnu al-Haitsam menonjol pada beberapa bidang seperti yang berikut:
  • Ilmu matematik; yang meliputi ilmu hisab, algebra, geometri, dan hitungan trigonometri.
  • Ilmu pengetahuan alam; terutama ilmu optik yang beliau sendiri menyebutnya sebagai ilmu “al-manazhir”.
  • Ilmu falak atau ilmu astronomi.

Sebahagian catatan Arab menyebutkan bahawa Ibnu Haitsam adalah orang pertama menemui kamera. Catatan ini pada kenyataannya terlalu dilebih-lebihkan dan menyalahi amanah ilmiah serta akan dibantah oleh Ibnul Haitsam andaikata beliau masih hidup. Apa yang benar adalah bahawa tokoh ilmuwan ini adalah penemu idea dan yang melakukan sehingga akhirnya ditemukan cara pembuatan kamera.

Camera Obscu

Terdapat 12 buah buku karya Ibnul Haitsam yang terkenal dalam ilmu optik. Di antara buku tersebut yang paling penting ialah Kitab Al-Manazhir yang mengandungi pelbagai penemuannya yang penting dalam ilmu optik. Buku ini telah diterjemahkan dalam bahasa Latin pada tahun 1572, dan diterbitkan di Basel, Switzerland, dengan judul Thesaurus Opticus (Rujukan Lengkap Dalam  Ilmu Optik). Buku ini begitu besar pengaruhnya bagi pengembangan ilmu optik di Eropah. Di antara karya-karyanya yang lain dalam ilmu optik adalah seperti yang berikut:

  • Risalah Fi Al-Ain Wa Al-Abshar
  • Risalah Fi Al-Maraya Al-Muhriqah Bi Ad-Dawa’ir
  • Risalah Fi In’ithaf Adh-Dhau
  • Risalah Fi Al-Maraya Al-Muhriqah Bi Al-Quthu
  • Kitab Fin Al-Halah Wa Qaus Qazah

Perlu diketahui bahawa buku-buku Al-Hasan bin Al-Haitsam dijadikan rujukan utama di Eropah dalam ilmu optik hingga abad ke-17. Seorang Ilmuwan Inggeris dalam bidang matematik dan teologi, dan tenaga pengajar di Universiti Cambridge, Issac Barrow (1630-1677) memberikan kuliah yang berkaitan Ibnu Haitsam. Manakala di antara mahasiswa pada ketika itu ialah Issac Newton yang kemudiannya menjadi ilmuwan terkenal di Barat hingga munculnya Einstein.

Susunan Wan Marziah Wan Hussin
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger