Home » , » PERJALANAN KEMBALI

PERJALANAN KEMBALI

Written By lurim on Tuesday, May 3, 2011 | 11:02 PM


Perjalanan kembali ke pangkuan Islam mengikut banyak punca. Sebagaimana banyak puncanya, demikianiah hakikatnya. Sebagaimana ramai manusia dan keadaan-keadaan yang mereka alami di permukaan planet ini. Perjalanan saya untuk kembali adalah natijah dari kejayaan yang dicapai dalam hampir semua perkara yang saya hajati tetapi masih tidak merasa puas dengan hasil-hasilnya. lni merupakan tema serupa dalam semua cerita kita.

Ahmed Holt

Sebagai seorang Kristian saya amat arif dengan lnjil, kitab suci lnjil. Saya menerima segaia-gala yang saya baca tanpa soal. Dan kemudiannya saya menerima bahawa orang-orang Yahudi mesti pulang ke tanahair mereka sebagai perkara yang wajar. Dan seterusnya saya mempunyai perasaan yang mendalam terhadap mereka. Dalam fikiran saya, saya nampak satu kumpulan kecil manusia yang tertindas yang diancam oleh musuh yang ganas di sekitarnya, kebanyakannya Muslim, khususnya orang Palestin.

Masanya tiba bila saya merasa diri saya terdorong mendekati bumi tersebut, iaitu Israel, untuk menyamakan diri saya dengan orang-orang Yahudi yang ditindas dengan hebat semasa perang di Eropah. Pada masa itu sikap saya terhadap Muslim dan orangorang Palestin adalah mereka itu pengganas dan mereka adalah di kalangan kemanusiaan yang paling rendah. Saya sentiasa memiliki imej di dalam fikiran saya bahawa Islam berkembang di hujung mata pedang, dengan ancaman maut.

Dalam tahun tujuh puluhan, saya merasa begitu terharu lantas memutuskan saya mesti pergi ke Israel untuk bersama-sama dengan orang Yahudi, untuk bersama-sama dengan orang-orang Israel, untuk membantu mereka dalam perjuangan menentang orang Palestin khasnya dan muslim amnya.

Ada kata-kata lama, dan sesungguhnya ia amat benar, bahawa Tuhan melakukan kerja dengan cara-cara yang aneh. Dan, alhamdulillah (segala puji bagi Allah), ia amat benar. Saya sampai di Israel dan saya dialu-alukan oleh penduduk Yahudi. Saya bekerja dengan mereka dan saya mula bertemu orang Palestin.

Ada suatu perkara mengenai orang Palestin ini. Mereka tahu siapa saya, sikap dan pemikiran saya dan sebab saya pergi ke Israel. Ada sesuatu daripada contoh-contoh yang mereka tunjukkan mulai menyinari hidup saya. Kehangatan dan layanan mereka, kasih sayang dan kemesraan mereka. Mereka sentiasa merujuk diri saya sebagai saudara. Bukan orang asing, tetapi seorang saudara. Dan namun begitu saya menafikan mereka dan bekerja menentang mereka. Banyak pengalaman menarik terjadi dalam pertemuan-pertemuan saya dengan orang Palestin. Saya mesti menyatakan walaupun mereka tidak pernah sekalipun menzahirkan Islam ke atas diri saya, ia tidak pernah disebut, contoh-contoh mereka meninggalkan banyak kesan ke atas minda saya, kehidupan saya.

Masanya tiba iaitu, kerana hubungan saya dengan orang-orang Palestin, saya diarah untuk meninggalkan apa yang dinamakan 'negara Yahudi'. Dalam tempoh saya berada di sana halangan yang menutup mata saya telah hilang dan saya mula melihat gambar yang baru. Saya telah melihat penderitaan penduduk yang disingkirkan dari tanah mereka. Saya telah melihat tindakan orang Israel yang tidak berperikemanusiaan ke atas orang Palestin dengan merampas tanah mereka. Saya telah melihat anak-anak muda yang disiksa di dalam penjara. Saya telah melihat penduduk yang tanah mereka dibahagi-bahagi dan dirampas. Saya melihat peiajar sekolah yang lelaki dibelasah oleh polis. Semua ini terdedah di hadapan mata saya sendiri.

Bila saya balik ke England, saya banyak memikirkan perkaraperkara yang terjadi kepada saya di tempat yang sentiasa saya kenali atau rujuk sebagai 'Israei'dan kini tertera jelas dalam minda saya 'Palestin Yang Terjajah'. Demi kebenaran, seolah-olah ia seperti menyusun gambar teka teki. Saya muia bertanya. Apakah penduduk ini, yang dinafikan rumah mereka, tanah dan penghidupan mereka, kebanyakannya pula amat miskin, apakah yang telah dipancarkan ke dalam hidup saya? Apakah yang mereka beri kepada saya? Dan saya mula mencari, untuk mendapatkannya.

Pada satu hari, sewaktu saya melawat London, saya bertemu seorang saudara berbangsa lnggeds dan katanya,'Anda tahu, anda adalah Muslim dan anda tidak mengenalinya.' Sesungguhnya ia merupakan bahagian terakhir gambar teka teki yang disusun yang memenuhi tempatnya.

Sebelum saya memeluk Islam, sebelum saya menerima Islam sebagai agama saya, ada satu halangan yang pedu saya atasi. la berkaitan dengan Jesus (Isa a.s.). Saya telah menerima lsa sebagai 'Anak Tuhan' dan 'Tuhan buatan manusia.' Saya mula menimbangkannya. Kepada siapa lsa menyembah? Bagaimana dia sembahyang? la bersembahyang seperti seorang Muslim. Dia pergi ke padang pasir dan dia sujud di bumi kepada Kuasa Maha Tinggi, kepada Maha Pencipta. Saya mula memikirkan ayat pembukaan dalam doa kepada Tuhan yang diajar lsa a.s. kepada dirinya sendiri. 'Bapa kita yang berada di langit.'Bukan bapa'saya' tetapi bapa 'kita.' Justru lsa menerangkan kepada kita semua bahawa Allah SWT adalah bapa semua makhiuk, bapa semua kejadian kerana semua dijadikan oleh Allah SWT. lni meringankan tekanan dalam fikiran saya dan dengan hati yang gembira, saya menjadi seorang Muslim.

KEUNTUNGAN YANG TERSEMBUNYI

Kini kita sampai kepada Islam dan keuntungan atau faedah yang tersembunyi. Sudah tentu amat banyak untuk disebut dan sesungguhnya ia adalah berbagai-bagai. Dad kaca mata saya yang pentingnya ialah seseorang boleh mendekati Penciptanya dengan secara langsung. Tidak ada siapa melainkan Allah SWT yang boleh mendengar segala-galanya dan boleh menguruskan masalah setiap individu di dunia ini dengan serentak pada satu masa. la menghilangkan kebimbangan dari suasana hidup-mati. Kita dapati dalam Islam wujud persaudaraan yang sebenamya dan satu negara telah dapat diwujudkan daripada beberapa negara di muka bumi ini.

Rabia Amin

Apabila saya berjalan di dunia Muslim, saya amat kagum dengan susunan keluarga di sana. Saya melihat keluarga yang besar tinggal bersama-sama di mana seorang wanita itu mempunyai anak-anak dan di situ juga ada adik beradik perempuannya, ibu saudara dan neneknya. Dia tidak pernah dibiarkan bersendirian untuk menghadapi semua masalah dan semua tanggungjawabnya. Jika dia mahu bekerja semula, ada orang lain menjaga anakanaknya. Anak-anak pula ada rakan-rakan lain untuk bermain. Saya dapati itu sangat baik.

Saya juga menyaksikan banyak bantuan diberi kepada wanita-wanita yang lain. Bila seseorang sakit, contohnya, seluruh ahli keluarga, jiran tetangga akan datang untuk memasak bagi wanita tersebut serta keluarganya dan membersihkan rumah dan semua dilakukan dengan percuma. Mereka lakukannya kerana kasih yang wujud di antara satu sama lain.

Seorang Wanita lslam

Apa yang paling indah saya temui dalam Islam dan masih.saya dapati paling menarik ialah perhubungan langsung dengan Tuhan. Kita tidak memerlukan seorang padri, atau sesiapa sebagai perantara. Kita tidak perlukan lelaki kecil atau wanita kecil, terserah bagaimana anda mahu melihatnya. Anda bercakap secara langsung dengan Tuhan dalam sembahyang anda. Dia berada di hadapan anda. Bila saya mengatakan 'Allahu Akbar' (Allah Maha Besar) dan saya memulakan sembahyang, Dia berada di hadapan saya dan Dia mendengar kata-kata saya. Dan ini sesuatu yang menarik. la juga adalah sesuatu yang saya ketahui semenjak saya kanak-kanak, semenjak. saya kecil. Saya sentiasa berdoa 'Ya Tuhan'. Saya tidak pernah berdoa 'Ya Jesus' atau seumpamanya. la tidak pernah masuk dalam fikiran saya sehingga diberitahu sebaliknya waktu di sekolah atau kemudiannya di gereja. Jadi anda mendapatkan kasih sayang ini dari Tuhan. Anda mendapat cahaya tertentu dari Tuhan. Dan anda merasa tenteram di dalam hati. Anda merasakan semua kerisauan yang anda miliki sebelum ini hilang dengan periahan-lahan.

Satu lagi yang amat indah dalam Islam ialah bahawa kini saya boleh bercakap tentang kematian. Saya tidak takut kepadanya. Saya mengharapkannya kerana saya tahu ada sesuatu yang menunggu saya iaitu yang lebih baik. Saya boleh bercakap dengan suami saya mengenainya. 'Apa akan terjadi apabila anda mati?' dan 'Apa akan terjadi apabila saya mati?' Apabila saya bercakap kepada kawan-kawan saya mengenainya, mereka berkata: 'Jangan bercakap tentang kematian! Perihal ini kita tidak bercakap mengenainya'. Saya kata: 'Kenapa tidak?' Kematian bukan penghabisan. Kematian ialah permulaan dan permulaan sesuatu yang indah jika anda menjalani hidup menurut jalan Tuhan. Tetapi, sesungguhnya, jika anda menjalani hidup dengan melakukan perkara-perkara keji, jika anda hanya memikirkan tentang kebendaan, maka anda akan merasa takut. Anda takut apa yang akan terjadi kepada diri anda kerana secara naluri kita semua menyedari bahawa ada kehidupan selepas kematian dan ada balasan.

Yusuf Islam

Satu perkara paling penting yang saya temui dalam Islam ialah kepercayaan kepada Satu Tuhan. la bukan hanya merupakan apa yang dikatakan sesetengah orang bahawa mereka percaya kepada Satu Tuhan dan cukup dengan itu. Seluruh pemahaman tentang Islam berasaskan kepada kepercayaan ini. Tidak ada yang boleh wujud tanpa kehendaknya dan setiap udara yang kita sedut diperintahkan oleh Tuhan. Seluruh kehidupan kita terjadi kerana Tuhan memberikan kesempatan. Dia memberikan kita kehidupan.

Ahmad Holt

Pedang Islam bukanlah pedang besi. Saya mengetahuinya dari pengalaman kerana pedang Islam ini menikam dalam kehati saya. Bukan, ia tidak membawa kematian, tetapi ia telah membawa kehidupan baru, alhamdulillah. la mencetuskan kesedaran dan kefahaman tentang siapa saya, apa saya dan di mana saya berada.

la merupakan gabungan. Tenaga hidup dalam Islam ialah seperti gabungan. la menghimpunkan manusia bersama dan menggabungkan kita menjadi satu. Seperti seorang tukang besi atau seorang tukang kimpal yang mengimpal besi, Islam menggabungkan kesemua hati manusia. Saya mengetahuinya dari pengalaman. Sehelai daun tidak akan gugur dari pokok dan setitik air hujan tidak akan turun dari langit tanpa kehendak Allah.

Aisha Gouverneur

Apakah sebenarnya yang telah saya temui dalam Islam? Apakah yang paling penting bagi saya? Apa yang tidak difahami orang-orang Muslim di dunia Muslim tentang muallaf ialah: orang muslim telah memiliki perasaan 'tawakkal', rasa percaya kepada Tuhan. Orang daripada Barat, orang yang dibesarkan dengan sikap yang sebaliknya tidak semestinya memiliki sikap tersebut dengan serta merta. Orang Muslim yang dilahirkan sebagai Muslim adalah pemurah. Mereka memilikinya sebagai tindakbalas pantulan atau semuiajadi. Tetapi kita tidak memiliki sifat-sifat kebaikan yang serupa justru kita mahu menjadi seperti orang Muslim.

Setelah bertahun-tahun menjadi seorang Muslim, saya benar-benar merasai, saya benar-benar mengetahui, bahawa apa pun terjadi ialah untuk kebaikan. Saya tidak bimbang lagi. Misainya, jika rumah kami mengalami beberapa masalah atau perkara-perkara yang seumpamanya, biasanya saya menjadi bimbang. Sekarang saya tahu. Jangan bimbang mengenainya kerana, astaghfirullah (Allah yang pengampun), bila anda melihatnya kemudian anda sentiasa menyedari bahawa ia adalah untuk kebaikan. Maka jika anda tidak faham apa yang Allah lakukan bila anda menghadapi ujian, sekurang-kurangnya anda berkecuali dan tunggu serta lihat. Setiap suatu adalah untuk kebaikan. Malahan bagi perkara-perkara yang teruk, di akhirnya kita sentiasa dapat melihat tujuan-tujuannya. Kesemua kesukaran dalam kehidupan kita adalah bertujuan untuk memberi kita peluang melihat diri sendiri, menambah kesabaran, menambah kebajikan, menguatkan perhubungan dan meningkatkan kepekaan. Kesemuanya wujud untuk kegunaan kita untuk membersihkan jiwa.

Jika anda seekor burung di angkasa lepas, mengembang-gembang sayap dan keletihan serta menjadi lemah kerana usaha tersebut, apa yang anda perlu lakukan ialah menutup sayap dan anda tidak akan jatuh. Yakin terhadapnya dan belajar yakin kepadanya. lnilah perkara yang paling besar yang saya temui dalam Islam: bahawa saya tidak perlu lagi runsing dan saya tahu bahawa semuanya baik.

KITAB UNTUK SEPANJANG MASA

lnilah al-Quran. Seruan kepada Islam. Kitab terakhir kepada semua manusia. Risalah ini diturunkan tanpa keraguan oleh roh yang benar, dipenuhi dengan hikmah yang matang. Sebuah kitab yang tekal dengan dirinya dan selaras dengan sains moden dan penyelidikan sains. Kata-kata Allah SWT yang sebenar dan harfiah (perkataan demi perkataan), seperti kitab-kitab lbrahim dan Musa dan Daud dan lsa (a.s.). Risalah illahi dan seruan kepada semua manusia. lnilah seruan Islam. Kitab ini, Bacaan ini, al-Quran.

Yusuf Islam

'Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah yang menjadikan tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.(Surah al-Ikhlaas: 1- 4)

Dalam Surah ini kita mempeiajari bahawa semua bergantung kepada Tuhan, dan Dia tidak bergantung kepada sesiapa. Semua memerlukan Dia untuk hidup, untuk rezeki dan Dia tidak memerlukan sesiapa. Dalam surah ini dikatakan:'Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.'Kita tidak dapat bayangkan Tuhan dalam bentuk manusia atau apa-apa bentuk kerana surah ini menyatakan 'Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengannya.' ltulah intipati Islam. Bila anda datang kepada Islam, anda terlebih dahulu mempelajari siapa dia Tuhan. la membetulkan seluruh kekeliruan dan memandu anda kepada kebenaran Pencipta anda. ltu tidak dapat dilakukan dengan hanya berdiam diri dan membuat beberapa persetujuan tentang Tuhan. la datang dengan izin Tuhan. Salah satu ciri yang unik tentang Islam ialah hakikat bahawa Tuhan telah memelihara risalah ini, wahyu ini, ajaran ini dalam kitab yang kita sebut al-Quran.

Ruke Aideen Smith (Wartawan)

Saya fikir apa yang memikat saya terhadap agama Islam terutamanya ialah kenyataan bahawa, sebagai seorang lelaki Barat, kita memberi banyak tekanan kepada akal. Perkara yang menyentuh saya apabila membaca al-Quran, terutamanya pada kali kedua, ialah bagaimana munasabahnya Kitab ini. Saya sentiasa gelihati bila orang meminta diberikan bukti-bukti ajaib yang tertentu mengenai agama ini dan al-Ouran.

Membaca al-Quran pada kali kedua, kebenaran yang terkandung di dalamnya hampir terbukti sendiri. Menurut hemat saya sesiapa sahaja yang mengamalkan fikiran yang wajar - dan kita di Utara England berbangga kerana bersifat praktikal dan bersikap wajar - sesiapa sahaja yang membaca al-Quran dengan menggunakan fikiran tidak dapat menafikan bahawa al-Quran sepenuhnya selaras dengan akal, sepenuhnya selaras dengan fikiran yang wajar. Sesiapa sahaja manusia yang praktikal dan masih mahu menjadi sebahagian daripada dunia ini dan tidak tinggal di dalam gua, bertafakur atau melakukan yoga atau lari daripada dunia ini, akan mendapati bahawa'sistem kepercayaan yang terbaik' baginya ialah dalam agama yang digariskan dalam kitab suci al-Quran.

Perkara ini yang paling mengkagumkan saya. Ia menentukan dengan jelas pembahagian di antara Pencipta dengan diri kita, yang dicipta. lni fakta pertama. Banyak agama nampaknya tidak mempunyai panduan ini. AI-Ouran menentukan dengan jelas pembahagian di antara Tuhan dan ciptaannya. Di samping menentukan pembahagian tersebut, ia juga menyediakan cara iaitu dengan membaca al-Quran, seseorang itu dapat menjalin hubungan yang akrab dengan Tuhan.

Seorang Saudara Seagama

Tidak ada kitab lagi selepas al-Ouran. Ia merupakan kata-kata Allah yang dipelihara untuk seluruh ciptaannya. Allah menyatakan al-Quran adalah panduan yang tetap. la bukan merupakan tekaan ahli falsafah. la bukan merupakan tekaan orang bijak pandai. la adalah ilmu yang tulen, wahyu yang tulen yang datang dari suatu yang kita panggil 'Alim', suatu yang Maha Mengetahui. Nabi Muhammad SAW, menetapkan jalan yang benar supaya kita menyembah Allah menurut al-Quran.

Rasulullah SAW ialah 'al-Quran yang bergerak'. Aishah (ra.) ditanyakan tentang peribadi Nabi Muhammad SAW. Dia berkata, Dia (Nabi Muhammad) ialah Al-Quran yang bergerak. Bukan sahaja dia menyampaikan risalah secara lisan, dia menghidupkan al-Quran dalam dirinya. Dia adalah manusia sempurna. Ya, dia adalah ciptaan Allah yang terbaik. Bukan sahaja dia ciptaan Allah yang terbaik, tetapi Nabi Muhammad SAW adalah seorang pembebas, dia seorang Rasul, dia pembimbing dan dia adalah belas rahmat Allah. Bukan sahaja untuk seribu empat ratus tahun lalu, bukan untuk hari ini, tetapi untuk selama-lamanya selagi manusia wujud di planet ini. Nabi Muhammad ialah pemimpin untuk sepanjang masa.

Seorang Saudara Selsiani

Dalam kitab ini, (al-Quran) saya menemui kebahagiaan yang tidak terperi dan ia menjawab banyak persoalan yang saya hadapi. la benar-benar mengubah hidup saya. Ada tujuan dan makna. la menjadikan saya amat gembira dan kegembiraan ini memenuhi hati saya. Saya bernasib baik kerana menjadi seorang Muslim.

PENYELESAIAN TABI'IAH

Islam adalah penyelesaian tabi'iah dan sesungguhnya ubat sarwajagat yang menghindari kesemua melainkan orang yang benar-benar beriman. Islam adalah pilihan tabi'iah di tahap yang terbaik. Apabila manusia berpeluang untuk melihat Islam tanpa halangan dan penyelewengan yang dikenakan ke atasnya, dia tidak ada pilihan lain dan berhasrat untuk memilihnya bagi dirinya sendiri. Islam mengemukakan rawatan yang bersifat tabi'iah bukan pembedahan yang tergesa-gesa. la mengemukakan cara hidup yang tabi'iah, cenderung kepada kedamaian, jauh daripada kegilaan gaya hidup Dallas atau Dynasty.

Pencemaran, seperti yang kita baca dalam al-Quran, hanya muncul di bumi dan di air akibat daripada perbuatan tangan manusia sendiri. Justru Islam merupakan pilihan yang tabi'iah, penyelesaian tabi'iah dan jalan yang ditentukan oleh Allah kepada manusia. Oleh itu, tidak mungkin ada kesan-kesan sampingan. Islam ialah pilihan bagi orang yang mahu mencari kedamaian, kemakmuran, ketenangan, kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat.

Murad Aideen (Muballigh)

Islam begitu cendekia, begitu maju dan cara hidup untuk sepanjang masa. Orang Muslim tidak perlu meninggalkan Islam untuk mencari sesuatu sebagai panduan. la adalah lengkap. Dalam masyarakat Yahudi-Kristian, mereka perlu memiliki panduan duniawi (sekular). Mereka tidak benar-benar dipandu oleh pemikiran (ideologi) agama tetapi dunia yang bersifat sekular (terpisah dari agama) memandu mereka. Kerajaannya sekular dan agamanya adalah sesuatu yang mereka pergi sama ada pada hari Sabtu atau Ahad. Bagi orang Muslim, setiap hari ialah hari untuk menyembah Allah dan patuh kepada Allah, patuh kepada Al-Ouran dan patuh kepada Nabi Muhammad SAW.

Kita memiliki panduan yang terbaik. Saya tahu. Saya berasal dari agama Kristian. Saya tahu mengenai dunia tersebut dan apa yang ditonjolkan dalam dunia bukan Islam. Dan tidak terdapat apa-apa untuk dibandingkan. Tidak ada perbandingan.

Zainab Sebai

Manusia tidak boleh hidup hanya dengan roti. lni amat benar kerana buktinya ialah masyarakat yang ada sekarang. Kita mempunyai masyarakat yang dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan kita. Kita tidak mempunyai masyarakat yang dapat menyediakan jalan-jalan raya yang selamat dan rumah-rumah yang selamat. Kita mempunyai masyarakat yang tidak mengikut undang-undang kerana mereka adalah masyarakat tidak bertuhan. Dalam kebanyakan negara Marxist, kepercayaan tidak bertuhan (atheism) termaktub dalam perlembagaan mereka.

Di Barat, agama kebanyakan negara ialah agama Kristian. Tetapi ia hanya agama Kristian pada tahap tertentu. Tidak ada dasar-dasar ajaran lsa benar-benar dilaksanakan. Saya fikir hanya satu masa orang mengingat lsa iaitu pada masa Krismas dan Easter* dan itupun kerana mereka mendapat hadiah. Saya tidak fikir apa yang diajar lsa benar-benar dilaksanakan. Jika dilaksanakan, mungkin Barat mempunyai masyarakat yang baik. Tetapi ia tidak dilaksanakan maka ia tidak mempunyai masyarakat sedemikian.

Masalah-masalah yang memprihatin kebanyakan manusia hari ini seperti penyalahgunaan dadah, AIDS dan ketagihan arak, kesemuanya adalah natijah daripada masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan pada dasarnya tidak bertuhan. Kesan buruk arak, misainya, diakui di England.

Persatuan Perubatan British melancarkan kempen besar-besaran pada hari Krismas supaya orang tidak minum arak dan memandu. Kita mengadakan persidangan besar pada masa ini di London mengenai jangkitan AIDS. Di Barat kita mengadakan banyak kempen mengenai penyalahgunaan dadah. Saya fikir kesemuanya boleh dimasukkan bawah satu tajuk umum iaitu bahawa masyarakat kita masa kini adalah masyarakat tanpa tuhan, yang tidak mempunyai peraturan. Setiap orang bebas melakukan sesuka hati dan keadaan ini telah membawa kepada kekacauan.

Orang melihat Islam sebagai agama yang keras dan ketat. lni memalukan kerana keadaan sebenarnya adalah sebaliknya. Saya telah mengalami kebebasan dalam Islam yang tidak pernah saya alami sebelumnya.

Rabia Amin

Malangnya idea mengenai kebebasan di Barat adalah agak mengelirukan. Orang memikirkan mereka boleh melakukan sesuka hati. Mereka boleh berpakaian sesuka hati. Mereka boleh tanggalkan pakaian sesuka hati. Mereka boleh membeli sesuka hati. Mereka mempunyai kebebasan sebegini. Mereka boleh minum, mereka boleh keluar, mereka boleh berseronok. lnilah kebebasan. Apakah ini sebenarnya kebebasan?

Bagaimana dengan kebebasan dalaman? Saya fikir ini adalah kekeliruan (ilusi) yang hebat. lni bukan kebebasan sebenarnya. lni adalah kebebasan untuk menenuhi nafsu. la bukan kebebasan sebenar.Kebebasan terletak di dalam. Jiwa anda bebas. lni bermakna kita perlu ada batasan-batasan luaran. lni bersifat tabii. Bahkan ahli sukan mengetahui bahawa untuk mencapai sesuatu dia perlu mempunyai disiplin. Islam memberikan kita disiplin supaya jiwa kita bebas. Apa yang kita lihat di Barat ialah bahawa manusianya bebas dari segi luaran tetapi dari segi dalaman mereka amat bercelaru. Mereka tidak mempunyai kebebasan secara individu kerana mereka tidak mengetahuinya.

Yusuf Islam

Kita menghadapi banyak masalah di dunia pada masa kini. Persoalan mengenai bayi tabung uji, ancaman nuklear, dan pembuatan senjata-senjata kimia. Kita menghadapi persoalan mengenai ekologi seperti pencemaran. Kita menghadapi persoalan mengenai moral seperti homoseks. Adakah ia benar atau salah? Semua persoalan ini sebenarnya telah dijawab tetapi anda kena mencarinya dalam al-Quran dan as-Sunnah. Semua jawapan dan semua penyelesaian kepada masalah kita hari ini, termasuk masalah ekonomi yang kita hadapi sekarang, bencana yang dihadapi dunia boleh di atasi dengan ajaran-ajaran Islam.

Islam benar-benar mempunyai penyelesaian jangka panjang. Tetapi hari ini Islam tidak diakui bagi penyelesaian-penyelesaian tersebut. la baru sahaja diakui kerana ia dilihat sebagai ancaman kepada cara hidup Barat. Jika anda mengkajinya dengan teliti, anda akan dapati banyak perkara yang baik dalam cara hidup Barat adalah hasil pertembungan Islam dengan Barat dan gerakan pembaharuan (renaissance) yang muncul selepas itu. Jika anda lihat apa yang diberi oleh Islam dalam bentuk warisan dan budaya kepada dunia, dalam bidang perubatan dan sains dan matematik, sangat banyak. lnilah fakta yang tidak dilihat terhadap apa yang telah diberikannya.

*Anda dapat melihat, Islam dan seruan kepada Islam masih terus-menerus menarik orang lelaki dan perempuan semua peringkat umur memasukinya. Kami berharap cerita-cerita mereka telah menjadikan lebih jelas kepada anda semua imej Islam sebenarnya dan membuktikan tanpa apa-apa keraguan bahawa ia bukan sahaja terhad kepada persekitaran padang pasir tetapi sesuai dengan manusia Barat demikian juga manusia -Fimur.


Sumber :  
___________________
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger