Home » » MAHALNYA MAS KAHWIN LAYAKKAH KITA???

MAHALNYA MAS KAHWIN LAYAKKAH KITA???

Written By lurim on Friday, April 15, 2011 | 3:58 PM


Soalan : Aku akan menceritakan masalah aku dan masalah semua pemuda Qatar. Masalah mas kahwin yang sangat mahal telah menimpa aku ketika mana aku pergi untuk meminang seorang gadis. Ayahnya meminta 20 Ribi Riyal (Lebih Kurang 20 Ribu RM), selain daripada peralatan perabot rumah. Dan sekarang ini aku memikirkan untuk berkahwin di Luar Negara. Adakah Syarak membolehkan perbuatan ini ataupun tidak dapat tidak, aku terpaksa membayar mas kahwin tersebut.? Dan sekiranya aku tidak memiliki wang sebanyak itu, apakah yang patut aku buat.? Pohon penjelasan..?

SHEIKH QARADAWI

Realitinya, masalah ini merupakan usaha manusia itu sendiri, mereka merumitkan perkara yang telah dipermudahkan oleh Allah Taala kepada mereka.Bersabda Nabi Muhammad S.A.W : (Perempuan yang paling murah Mas Kahwinya merupakan yang paling banyak BERKAT)- Riwayat Imam Ahmad ,Hakim & Baihaqi. Didoifkan oleh Imam Albani. Dan Nabi Muhammad S.A.W mengkahwinkan anak-anak perempuanya dengan mas kahwin yang murah. Baginda tidak mensyaratkan kepada mereka (anak-anak perempuanya) ratusan dinar dan tidak pula ribuan dinar. Akan tetapi Baginda memutuskan dengan Mas Kahwin yang murah. Begitu juga para Ulama Silam, mereka tidak mencari wang ringgit daripada Si Teruna, kerana anak gadis mereka bukan barang dagangan, akan tetapi mereka (anak gadis) adalah Insan. Maka, mereka (bapa atau wali) sepatutnya mencari Insan (teruna) sepertinya, Insam yg mulia, mulia dari perspektif Agama, Tingkah Laku dan Tabiat. Oleh yang demikian, Nabi Muhammad S.A.W bersabda “Sekiranya datang kepada kamu, orang yang kamu redho akan agamanya, dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia. Sekiranya kamu tidak berbuat demikian,akan berlaku fitnah dibumi ini dan tersebarnya kerosakan” Hadis Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, Ibn Majah, Hakim dan dihasankan oleh Imam Tarmizi

Apa yang penting, Si Bapa perlu mementingkan faktor Agama & Akhlak sebelum perkara lain. Apakah kelebihan kepada anak gadis yang dibayar dengan mas kahwin yang tinggi semasa perkahwinan, sekiranya dia (anak gadis) mengahwini seorang yang tidak berakhlak & tidak pula beragama. Para Isteri ada bertanya tentang kes suaminya yang meminum arak ketika Ramadhan, ada yang bertanya apakah hukumya apabila isteri menamakan si anak dengan nama `Yusuf` dan si suami menukarnya dengan nama 'Firaun',dan pelbagai persoalan lagi. Ini adalah hasil daripada kehendak si bapa yang mahukan ribuan wang ringgit, 10 ribu, 20 ribu, seperti yang dipohon kepada si penanya. Sesungguhnya keutamaan disisi bapa itu tadi bukan terletak pada kaca mata agama dan tidak pula kepada neraca akhlak.

Sekiranya kita memikirkan mengikut lunas-lunas agama, seperti yang disyariatkan oleh Islam, sudah pasti neraca agama & akhlak menjadi kayu pengukur paling utama dan menjadi perkara yang diseru dan dijaga. Apa yang perlu dititik beratkan adalah perkahwinan, bukanya harga mas kahwin. Kerana perkahwinan itu membahagiakan anak gadisnya dan menambahkan lagi ketakwaanya kepada Allah Taala. Oleh yang demikian Ulama Silam telah berkata “Sekiranya kamu ingin mengkahwinkan anak gadis kamu, maka kahwinlah dia dengan lelaki yang beragama. Sekiranya lelaki itu mencintainya nescaya dia akan memuliakannya, sekiranya lelaki itu membencinya nescaya dia tidak akan menzaliminya” Ia adalah disebabkan agamanya yang menghalangnya untuk berbuat zalimdan akhlaknya pula mencegah daripada berbuat demikian walaupun dalam keadaan benci dan meluat. Allah Taala berfirman, maksudnya "Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) dengan sepatutnya (terbaik), kemudia apabila kamu tidak menyukai mereka (isteri-isteri), (maka bersabarlah) kerana kamu mungkin tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" Surah Annisa Ayat 19

Islam telah menyeru supaya perkahwinan anak gadis dipercepatkan. Apabila orang yang sepadan telah ada, maka si Bapa tidak sepatutnya merumitkan perkahwinan demi memperolehi 'Harga Tinggi', seolah-olah menjadikan anak gadisnya seperti barang dagangan yg ditawar-menawar. Wajib bagi golongan yang bergelar bapa untuk tidak menghalang perkahwinan dengan meninggikan Mas Kahwin. Sesunguhnya ia merupakan rintangan terbesar didalam menuju perkahwinan. Sejauh mana kita menyusahkan atau merumitkan perkahwinan, maka semakin banyaklah rintangan dan halangan, dalam msa yang sama ia akan memudahkan jalan yg diharamkan (Maksiat) seterusnya memberi laluan kepada fasad (kerosakan) dan menyesatkan para pemuda ke jalan tajaan syaitan. Pada ketika ini mereka akan meninggalkan Jalan yang suci, meninggalkan jalan yang membenteng diri seterusnya menjarakkan diri daripada jalan yang halal.

Apakah muslihat si teruna yang pergi untuk mengahwini anak gadis dan mendapati anak gadis didepanya itu dirintangi dengan mas kahwin yang mahal.? Apakah tindakannya? Dia akan berpaling tadah dari perkahwinan dan mencari jalan lain dan implikasi daripada fenomena ini menyebabkan kemerosotan anak gadis dan kerosakan lelaki. Ini adalah hasil yang pasti apabila Mas Kahwin ditinggikan. Berapa banyakkah surat-surat  soalan dan soalan yang telah dilontarkan kepadaku..? Dan berapa banyakkah pemuda yang telah mengadu kepadaku dan org selain aku, tentang rintangan yang diciptakan oleh manusia itu sendiri. Mereka menggali lubang kebinasaan di depan anak-anak gadis mereka dan di depan diri sendiri. Ia akan memudahkan Jalan Haram dan merumitkan Jalan Halal.

Wahai Kaum Muslimin, Demi Allah, Haram ke atas kita  menyusahkan atau merumitkan perkahwinan  dengan gambaran yang disebutkan tadi. Dan wajib keatas kita melicinkan Jalan yg Halal, memudahkan untuk Pemuda dan Pemudi untuk bersama berada didalam perkara yang dihalalkan. Inilah yang telah disyariatkan oleh Islam, dan inilah yang diredhoi Islam kepada penganutnya.

Artikel ini adalah hasil terjemahan penulis daripada artikel yang dipaparkan di laman web Dr Qaradawi. Terdapat sedikit perubahan ayat demi menyesuaikan dengan susunan ayat bahasa melayu. Terdapat sebuah hadis yang tidak dipaparkan pada artikel ini disebabkan penulis masih tidak menjumpai sumber sebenar hadith tersebut. Langkah ini diambil demi menjaga amanah ilmu.


PENJELASAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS 

Wallahualam

Sumber
* Kuliah Ustaz Azhar Idrus
* Artikel SHEIKH QARADAWI

Share this article :

+ comments + 2 comments

April 15, 2011 at 5:22 PM

Islam tidak menyusahkan manusia..tetapi manusia itu sendiri yg menyusahkan diri mereka.
Kelebihan Dan Sejarah Ayat 1000 Dinar

April 26, 2011 at 6:20 PM

betul tu yus islam itu tidak pernah meyusahkan bahkan ia mudah lagi memudahkan...

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger