Home » , » GODAAN-GODAAN SEMASA SAKRATUL MAUT

GODAAN-GODAAN SEMASA SAKRATUL MAUT

Written By lurim on Tuesday, March 8, 2011 | 9:04 AM


Mati ialah berpisah nyawa dengan tubuh. nyawa akan tetap hidup terus menerus sampai hari kiamat, sedang tubuh hancur menjadi air dan tanah. Nyawa akan kembali kepada Tuhan manakala tubuh kembali kepada asalnya iaitu tanah. Sebelum malaikat maut menjalankan tugasnya dan sebelun nyawa terpisah dari anggota tubuh, maka masing-masing anggota tubuh, ruas pergelangan masing-masing mengucapkan selamat berpisah sampai berjumpa lagi di hari kiamat. Meskipun tubuh badan kita telah hancur di dalam kubur pada hari kiamat semua akan berkumpul menjadi satu tubuh semula.

Waktu dalam sakratul maut itu ada orang yang susah, huru-hara, penuh dengan godaan- godaan syaitan hingga matinya menjadi susah. Bagi mereka yang derhaka terhadap Allah, iaitu orang- orang yang melakukan dosa besar maka susah baginya untuk mati kerana hukuman Allah terhadapnya. Antara dosa besar yang menyebabakan roh susah keluar daripada badan ialah syirik, nmurtad, dan derhaka kepada ibu bapa. Susah itu juga kerana kuatnya godaan. Orang beriman dan beramal soleh juga mengalami dugaan. Namun, bagi orang yang beraml soleh matinya senang. Huru-hara yang dialaminya adalah bermacam-macam. Ada yang nampak bayangan berupa tangga biru yang turun dari langit, harta, maksiat yang dilakukan, dan ada godaan yang mereka merasa haus dan lapar. syaitan akan berbuat pelbagai godaan sehingga mereka lupa akan Allah Taala.

Bersabda Nabi Muahmmad s.a.w:‘Bahawa mayat itu setelah mula gelap pandangan matanya dia nampak sebuah tangga yang tegak antara langit dan bumi. Tangga itu antara zamrud warna biru yang indah sekali. Belum pernah ia lihat seindah itu. Maka ketika itulah dia membuka matanya dan diikuti penglihatannya. ’(riwayat bukhari)

‘bahawa syaitan itu akan datang kepada seseorang itu sebelum matinya (di dalam sakratul maut ). Katanya : hendaklah engkau mati dalam agama yahudi, matilah engkau dalam agama Nasrani. ’(riwayat tarmizi dan nasa’i)


Syed Abdullah Al- Fatani menulis dalam karya bukunya Karya Gul Gummah hal 17 sebagai berikut : Ketika itu datang seekor syaitan menyerupai ibunya yang telah meninggal dunia, duduk di sebelah kirinya, berkata sambil menangis katanya : Hai anakku. Aku adalah ibumu yang mengandungkanmu dengan bersusah payah dan telah memiliharamu sejak kecil. Bukan main kasih sayangku nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutilah olehmu agama Yahudi, kerana itulah yang sebaik-baik agama. Dan seekor syaitan lagi menyerupai bapa yang telah meninngal duduk di sebelah kanannya, seraya berkata: hai anakku! Sayang bapa kepadamu, tidak kalah dari sayang ibumu. Tidak kenal siang malam aku mencari nafkah untukmu nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutlah agama Nasrani karana itulah sebaik agama. ( Dikutip dari Kasyaful Gumma halamn 17-18)

Begitulah godaan syaitan ketika seseorang berdepan dengan maut. Detik- detik roh itu akan keluar dari tubuh akan meninggalkan alam dunia. Malah bermacam-macam lagi dugaan sebenarnya. Cuma amalan soleh lagi ikhlas yang akan dapat menyelamatkan kita dari godaan atau fitnah syaitan tersebut.

Renungankanlah:

Kita sentiasa dalam fitnah, baik semasa hidup, mahupun hampir mati, disamping itu juga kita akan menghadapi fitnah kubur begitu juga bagi mereka yang akan hiup di akhir zaman tidak lepas dari fitnah dajjal. Dari itu sama-salam kita berdoa kepada ilahi semoga kita terhindarkan diri kita daripada fitnah-fitnah tersebut. Amin
Share this article :

+ comments + 1 comments

March 8, 2011 at 9:24 AM

insaf benar rasanya. terima kasih. huh.

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger