Home » , » UNTA JADI SAKSI

UNTA JADI SAKSI

Written By lurim on Saturday, February 26, 2011 | 1:29 PM


Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang yahudi yang menuduh seorang muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan 4 orang saksi palsu daripada golongan munafik.

Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang yahudi dan menjatuhkan hukuman potong tangan keatas muslim itu sehingga orang muslim itu kebingungan. Maka dia pun mengangkatkan kepalanya menadah tangan kelangit seraya berkata, " Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang muslim itu berkata kepada Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan daripada unta ini."

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya kepada unta itu, "hai unta, milik siapakah engkau ini?"

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih lagi terang, "wahai Rasulullah, aku adalah milik orang muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang mulim itu. " hai orang muslim, beritahukan kepada ku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang muslim itu, "wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat keatas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat daripada hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab bekat engkau membaca selawat untuku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan dalam agama sebab pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa , baik di dunia dan di akhirat nanti. Dalam kisah tadi, orang muslim yang dituduh mencuri mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta.

* Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)
* Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Muslim)
* Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim)

Sumber : Variasi
Share this article :

+ comments + 6 comments

February 26, 2011 at 1:50 PM

thanks sharing...

February 26, 2011 at 2:58 PM

terima kasih edda sudi komen :)

February 26, 2011 at 5:55 PM

Allahuakbar3x..

mari berselawat ke atas Junjungan besar Rasulullah S.A.W..

February 27, 2011 at 1:07 AM

alhamdulillah.. dapt sdikit ilmu sblum tidur.. jazakallah khair shbt.. :)

February 27, 2011 at 1:55 PM

Allahumma Solli a'la Muhammad..
wa a'la ali Muhammad..

nice entry bro~

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger