Home » » KEJADIAN JASAD MANUSIA

KEJADIAN JASAD MANUSIA

Written By lurim on Thursday, February 3, 2011 | 11:46 AM


Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah daribumi untuk menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibrilsupaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk menciptaAdam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi engganmembenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatirAdam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali kehadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabilamendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allahmemerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allahmemerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya,Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumibersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawakerjamu atas perintah dan atas namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumidan menyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumimengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenistanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman:"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dankemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut rohmanusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibencioleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akanmemusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian merekaitu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

Jenis tanah yang digunakan:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah(Babylon)

10.Tanah India

11.Tanah syurga

12.Tanah Tha'if


Menurut Ibnu Abbas:-

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.


Proses kejadiannya:

1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, airmasin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya)kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanahpilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan denganrempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dandirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudiantubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalandan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, iamerasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patungAdam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untukmemaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk danmenyerah kepada Izrail.


Menurut riwayat ketika Adam masihberada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warnakulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilahperubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masihtertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipunorang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putihkemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah :

1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:
  • A. Mata alat penglihatan
  • B. Hidung alat penciuman
  • C. Telinga alat pendengaran
  • D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
  • E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh kedalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilahotak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudianterjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat danmelirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagianbadannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan paramalaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telahdapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yangmerdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu iabersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanyaucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadratAllah. Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semogaengkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin,menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnyadisunatkan pula mengucapkan Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampaipada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawahbadannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yangsuka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWTbermaksud:

"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunanisi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudianterus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki laluterjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adamsempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yangpertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihatAdam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikatselama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langitpertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempatmula-mula Adam dijadikan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger