Home » » 13 PESANAN BUAT BAKAL-BAKAL ISTERI

13 PESANAN BUAT BAKAL-BAKAL ISTERI

Written By Mohd Amirul on Monday, December 13, 2010 | 2:47 PM

Sambungan kepada posting sebelum ini mengenai pesanan kepada bakal suami, kali ini adalah 13 pesanan untuk bakal-bakal isteri dan juga kepada kaum wanita yang sudah bergelar isteri, kata-kata asihat yang dipetik daripada buku Rahsia di Sebalik Perkahwinan yang disusun oleh Ustaz Abdul Raof Dalip. Perkahwinan adalah perkongsian sebuah pelayaran hidup bersama pasangan yang di cintai, maka sebaiknya berusahalah mengekalkan haluan bahtera sebagaimana yang diharapkan.


Pesanan Untuk Isteri:
  1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
  2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.
  3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apaapa kebencian ditinggalkan.
  4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.
  5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
  6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.
  7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau     menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
  8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
  9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
  10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
  11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
  12. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
  13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram.

Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, insyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia. Wallahu a’lam.
Share this article :

+ comments + 1 comments

December 13, 2010 at 7:40 PM

gud tips, thanks for da info. sharing is caring..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger