Home » » KENAPA TAK BOLEH LIHAT ALLAH...???

KENAPA TAK BOLEH LIHAT ALLAH...???

Written By Mohd Amirul on Friday, November 26, 2010 | 12:07 AM


Di bawah adalah soal jawab di antara Ustaz Saiful (Saifulislam) dengan seorang pelajar tingkatan 4 yang menyertai kem motivasi beliau tentang sesuatu yang mungkin menyentuh hati kita untuk difikirkan dan direnungkan bersama.

"Allah bagi semua benda supaya kita percaya Dia. Bagi Quran, bagi alam semesta dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang Allah tak bagi. Dan saya rasa disebabkan oleh Allah tak bagi yang ini, saya susah nak bulatkan kepercayaan saya kepada-Nya. Kenapa Allah tak bagi kita tengok Dia?”

Sepi seketika.

“Awak pelajar kelas Sains ke?”
“Ya” .

“Ok, ustaz jawab ikut pelajaran Sains awak ya!”

Dia mengangguk.

“Untuk membolehkan kita melihat sesuatu, benda itu mestilah lemah. Lemah dalam erti kata ia perlu tunduk kepada undang-undang tertentu. Awak rasa undang-undang apa?”

“Sunnatullah!”

“Kita ketepikan istilah Sunnatullah. Kita guna istilah yang awak lebih familiar. Benda yang kita nak tengok, ia kena lemah dalam erti kata, ia kena tunduk dan tertakluk kepada hukum Sains. Ia perlu berimej. Cahaya dan rupanya mestilah boleh dilantun ke mata, ditafsirkan oleh mata, dihantar ke otak dan difahami sebagai apa dan apa. Kita tidak nampak Allah sebab Allah berada ‘di atas’ undang-undang tersebut. So, apa sahaja yang mampu dilihat oleh mata, adalah lemah, dan ia adalah makhluk, bukan Tuhan. Sebab ia tertakluk kepada hukum alam iaitu Sains”

Terkenang diskusi saya bersama Prof. Khazani dan beberapa orang rakan tentang hal-hal sebegini. Memanfaatkan Sains untuk mengukuhkan kepercayaan.

“Maksud ustaz, bukan Allah tak bagi kita tengok Dia, tapi kita yang tak mampu tengok Dia?”

“EXACTLY!!! Benar. Betul sekali”

“Itulah makna kita menyebut Allahu Akbar!”

Beliau mengangguk faham....
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger