Home » » YA ALLAH CUBAAN MU KALI INI TERLALU BERAT.. AIR MATA KU TIDAK MAMPU KU BENDUNG LAGI...

YA ALLAH CUBAAN MU KALI INI TERLALU BERAT.. AIR MATA KU TIDAK MAMPU KU BENDUNG LAGI...

Written By Mohd Amirul on Sunday, October 17, 2010 | 1:15 PM



YA ALLAH..
TELALU BERAT RASANYA UJIAN MU KALI INI..
SEHINGGA SETIAP KETIKA AIR MATA KU TAK BERHENTI MENGALIR
IA MENYESAKAN NAFASKU..
MEMATIKAN LANGKAHKU..
IA MEMBUATKAN KU LEMAH SELEMAH-LEMAHNYA

YA ALLAH..
AKU HANYA INSAN BERJIWA KECIL YANG TERLALU KERDIL
SEHINGGA KADANG-KADANG AKU TEWAS DENGAN PERASAAN KU SENDIRI
AMPUNKAN AKU YA ALLAH KERANA KELEMAHAN KU INI..

YA ALLAH 
JANGAN ENGKAU BEBANI HAMBAMU INI DENGAN SESUATU YANG TIDAK MAMPU HAMBAMU INI MEMIKULNYA.. 

HAMBA TIDAK SEKUAT NABI & RASUL MU YANG AMAT TABAH
HAMBA TIDAK SEHEBAT WALI-WALIMU MELALUI SEGALA UJIAN MU DENGAN TENANG
HAMBA TIDAK MAMPU SETAAT MALAIKATMU YANG AMAT TAAT
HAMBA HANYA INSAN BIASA YANG SELALU LEKA DAN LALAI
YANG SELALU SALAH DAN SILAP..
HAMBAMU TERLALU KERDIL YA ALLAH

YA ALLAH 
HANYA PADA  MU TEMPAT HAMBAMU INI MENGADU..
AMPUNKAN HAMBA MU INI YA ALLAH KERANA MENCARI MU HANYA BILA KESEMPITAN... TETAPI SELALU MELUPAIMU KETIKA KESENANGAN..

YA ALLAH 
KURNIAKAN HAMBA SEGALA KEKUATAN AGAR HAMBA TIDAK TERBABAS DENGAN KESEDIHAN YANG MEMESONGKAN.
KURNIAKAN HAMBA JALAN KELUAR DARI UJIAN INI..
BAGILAH HAMBAMU INI PELUANG.. 
KERANA PASTI HAMBAMU INI TIDAK AKAN MELEPASKANYA LAGI..

YA RAHIM
 ENGKAU PERNAH MEMAKBULKAN DOAKU DULU..
MAKBULKANLAH DOAKU SEKALI LAGI BUAT YANG TERAKHIR...
SEBAGAI PENUTUP PEMULAAN YANG TELAH SEKIAN LAMA BERMULA
KERANA HAMBA TIDAK MAHU MENSIA-SIAKAN WAKTU YANG TELAH DISIA-SIAKAN KERANA PERMULAAN ITU..
PASTI HAMBAMU INI BERSUJUD PENUH SYUKUR PADAMU DENGAN LINANGAN AIR MATA KESYUKURAN...YANG TAK TEHINGGA..


BUAT PARA SAHABATKU..

MAAFKAN KU KERANA TIDAK MAMPU UNTUK MENERUSKAN PENYAMPAIAN ILMU DI BLOG DAN FACEBOOK BUAT SEKETIKA.. SAYA MASIH DALAM KELEMAHAN DAN MASIH BELUM MEMPUNYAI KEKUATAN DI ATAS  SEGALA UJIAN YANG MENIMPA SAYA KALI INI..

DOAKAN SAYA AGAR DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK  MENERUSKAN SEGALA YANG TELAH BERMULA INI..

DOAKAN SAYA JUGA AGAR ALLAH MEMBERIKAN JALAN KELUAR DARI UJIAN YANG MENIMPA INI  DAN DIBERIKAN PELUANG PADA SAYA UNTUK MENGAKHIRI CITA-CITA DAN IMPIAN YANG TELAH DI IMPIKAN SETELAH SEKIAN LAMA

...AMIN YA RABBAL ALAMIN...

TERIMA KASIH SEMUA.. TERIMA KASIH AMAT2
MOHD AMIRUL (LURIM)
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger