Home » » MISTERI BAHTERA NABI NUH AS

MISTERI BAHTERA NABI NUH AS

Written By Mohd Amirul on Tuesday, October 12, 2010 | 10:59 PM



Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.



Gambar-gambar itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan ‘rahsia2′ penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang ‘mahaberharga’ itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa pelbagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri.

Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa-kuasa besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tidak mahu mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar-benar berada di puncak Mt .Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya.

Samalah The Great Noah Ark itu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman mereka sudah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka sudah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan utk menyadurkan logam.


Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi.



Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.




Ada juga Para Pengkaji berpendapat, “Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.



Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)

Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.



Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang orang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia, Iran dan Turkey”.



Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau dilihat CNN hari ini pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak-puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey.

Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.

Sebuah ‘anchor’ purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah ‘batu nisan’ yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt.Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]



Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Kalau dari sebelah selatan, Gunung Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yg dipanggil "Lurah Ahora", terdapat dinding2 batu yg curam. Bahagian yg curam itu sememangnya sukar untuk didaki.

Gunung Ararat ialah sebuah gunung berapi yg telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa 'banjir besar Noah' itu dulu. Puncaknya ditutupi dgn air batu seluas 17 batu persegi glasier dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasier itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh.

Puncak gunung yg setinggi 17,000 kaki yg ditutupi dgn airbatu itu pula selalu terjadi cuaca yg tidak menentu. Di situ angin bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat. Setiap petang terdapat kilat yg diikuti angin, hujan dan salji. Angin yg bertiup biasanya 100 batu/jam.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turki.

Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia, Iran, Turkey".

Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turki & Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr'jaan Turki.

Keluasan dasar (bawah) Gunung Ararat itu kira2 25 batu garis pusat. Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki.Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan jatuh ke dalam jurang Ahora..

US.President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yg diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yg besar' ditimbus airbatu ketika Air Force One yg membawa President Jimmy Carter melintasi Gunung Ararat (Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977)

Noah Ark Kelihatan Dari - Air Force One (Flight Peribadi US) President. Mr.Ronald Bennet adalah bekas jurufoto Whitehouse yg sekarang ini telah bersara, tinggal di sebuah bandar La Jolla, California, membuat pengakuan:

"Saya adalah jurufoto dan wartawan ygb meliputi segala aktiviti Whitehouse selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana2 bagi membuat laporan tentang aktiviti US. President.

Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang diutara Turkey, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yg sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yg kami naiki. Kami memandang ke tingkap. Kami nampak dengan jelas.." sebuah kotak panjang seperti bahtera yg besar. Sebahagiannya ditutupi dgn airbatu."

Gambar The Noah Ark Yg Hilang


Seorang jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagian Utara Gunung Ararat kerana urusan perniagaan. Tiba2 dia terkejut melihat satu kotak besar yg panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yg mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar.

Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar2 yg tlh diambil olehnya itu kpd semua rakan2 di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yg sama dia cuba mencari bantuan kewangan utk menjalankan satu ekspedisi bagi mencari "Noah Ark". Malangnya dia tidak berjaya dan dgn rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu.

Pada 27th.Dec.1962, Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dgn badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel.

Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa
almari tempat menyimpan segala gambar/filem "Noah Ark" telah digelidah org 10 hari sebelum kejadian.

Filem dan gambar Noah Ark telah hilang. Ramai kwn2 baik
jurutera itu mengesahkan yg mereka telah melihat foto hitam/putih "Noah Ark" yg berukuran 8 X 10 inci dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.


 

Pengakuan Paderi

Seorang Paderi Christian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana telah membuat pengakuan pada sebuah media, ada seorang kawannya, seorang imigran Muslim yg berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yg telah tinggal di kaki Gunung Ararat.

Mengikut sejarah/tradisi, mereka ini adalah keturunan terus menerus yg keluar dari " Noah Ark " itu dan tidak berhijrah ke mana2. Dan keturunan Hj.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu.

Beberapa ratus tahun selepas 'bah besar', anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat utk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu. Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macamana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini. Mungkin kerana perubahan cuaca,gempa bumi dan sebagainya.

Sumber : http://www.tranungkite.net
____________________

Share this article :

+ comments + 1 comments

May 5, 2011 at 9:00 PM

tergamam bce entri ni.. entri yg bagus! :D

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger