Home » , » KISAH KAABAH ENGGAN BERGERAK

KISAH KAABAH ENGGAN BERGERAK

Written By Mohd Amirul on Friday, October 8, 2010 | 1:32 AM




Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman dah Mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang surga tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi  neraka menuju ke syurga  bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, ia pasti akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang khafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah  yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah itu tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikai mengumpulkan semua yang pernah tawaf mengelilingi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tidak mahu bergerak. Kaabah menajawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak perduli orang itu berdosa atau tidak, yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diringi oleh semua orang yang pernah tawaf disekelilingnya. Malaikat mengadu  kepada Allah tentang hal yang berlaku... Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju syurga..


Sumber : Risalah Jumaat Rakan Masjid Al-Sollehin edisi ke10
Share this article :

+ comments + 1 comments

October 8, 2010 at 8:24 AM

Alhamdulillah, akhirnya ada peluang juga org yg pernah mengelilingi kaabah utk msk Syurga. Thanks Mirul, artikel sgt berguna nih..
Mata pensil boleh dibuat seni????

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger