Home » » APA YANG PERGI, BIARLAH IA PERGI...

APA YANG PERGI, BIARLAH IA PERGI...

Written By Mohd Amirul on Saturday, October 2, 2010 | 9:15 PM


Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.

Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. ia perlu ditutup buat selama-selamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa jua kedukaan, tidak dapat semula dengan apa jua kegelisahan, dan tidak dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan - ia adalah sesuatu yang sudah tiada.


Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu  sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari kepada tempat terbitnya, Mengembalikan bayi ke dalam rahim ibunya, air susu kepada puting susu haiwan, dan airmata kepada mata? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali kepangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dasyat dan menakutkan.

Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna mensia-siakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan, dan memporak-perandakan masa kini. Allah s.w.t sudah menceritakan tentang umat-umat yang lampau dan apa yang mereka lakukan. " Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan  cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.

Sesungguhnya orang yang kembali pada masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung atau orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya turut tergilas sama. Terdapat ungkapan lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu: " Hei, jangan keluarkan mayat-mayat itu dari kubur mereka." Ada disebutkan bahawa mereka yang boleh bercakap dengan bahasa haiwan, mereka bertanya kepada keldai: " Mengapa engkau tidak menarik beca lagi?" Si Keldai  menjawab: "Aku tidak suka menipu."

Malangnya kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita mensia-siakan istana-istana kita yang megah, sebaliknya kita pula sibuk menguruskan runtuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus-lumus untuk mengembalikan masa lalu itu, nescaya mereka tidak akan berjaya, sebab pada dasarnya ia adalah mustahil.

Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling kebelakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala kedepan, air mengalirpun menuju kedepan, kafilah berjalan pun kearah depan. jesteru jangn cuba menentang arus dan aturan hidup, sunnah alam.

Sumber : La tahzan (ms 11) - Dr 'Aidh Abdullah Al-Qantani

Share this article :

+ comments + 1 comments

September 28, 2011 at 10:14 PM

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
Sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan...
Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini.
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya…

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SUATU PERJALANAN MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger